Tuesday, 30 December 2014

Seorang cedera, berpuluh rumah rosak ribut melanda Balik Pulau (5 Gambar)

Pokok tumbang selepas kejadian ribut di Balik Pulau di Pulau Pinang.

BALIK PULAU: Seorang lelaki cedera apabila kereta dipandunya dihempap pokok tumbang, manakala beberapa rumah dilapor mengalami kerosakan selepas beberapa kawasan sekitar daerah ini dilanda ribut, sebentar tadi.

Lelaki disyaki berusia lingkungan 30-an itu dikejarkan ke Hospital Balik Pulau untuk rawatan lanjut, bagaimanapun status kecederaan dialami mangsa tidak dapat dipastikan.







Jurucakap polis berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam dan berlarutan sehingga 11 malam itu turut menyebabkan pokok tumbang di sekurang-kurangnya sembilan lokasi dengan paling teruk di Jalan Tun Sardon, di sini.

Lokasi lain yang terjejas termasuk Jalan Sungai Pinang, Jalan Pondok Upeh, Jalan Titi Teras dan Jalan Sungai Pinang.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Muhammad Farid Saad, ketika dihubungi mengesahkan sekurang-kurangnya 10 rumah kediaman mengalami kerosakan dalam kejadian itu.

"Sehingga kini kerja pembersihan dan pemotongan pokok tumbang sedang dijalankan pihak bomba untuk mengelak lalu lintas terhalang," katanya. - BH

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib