Tuesday, 23 December 2014

Sayu, kisah pak cik buta gigih jual minyak attar

Kisah pak cik yang buta menjual minyak atar jadi viral di media sosial mendapat perhatian orang ramai.

IBARAT selagi dia masih bernafas, selagi itu dia berusaha memerah keringat yang ada.
Berusia lebih separuh abad, lelaki yang dikenali sebagai Pak Cik Zainal ini masih berusaha mencari sesuap nasi dengan menjual minyak attar sebagai punca rezekinya meskipun diduga dengan kemampuan dan kekurangan dirinya.
Kisah kegigihannya ini amat menyentuh hati apatah lagi melihat usia dan kondisi tubuh badannya yang sudah seperti bongkok 90 darjah.
Lebih memeranjatkan lagi, orang tua yang berkeliaran sekitar Kuala Lumpur ini dikatakan buta penglihatan.
Kanan dan kiri bahunya pula hampir senget mengendong beg berat yang mungkin sebahagiannya dipenuhi barang jualan minyak attarnya.
1622168_1534835730105656_6684906910543040953_n

Sayu sungguh hati apabila melihat keadaan Pak cik Zainal yang sepatutnya berehat di rumah pada usia sebegitu.
Meskipun, dia serba kekurangan tapi itu bukan alasan baginya untuk meminta-minta belas kasihan dari orang ramai.
Moga-moga jika anda diberi kesempatan untuk bertembung dengan Pak cik Zainal ini bantulah seikhlas hati membeli minyak attar yang dijual.
Mana tahu RM 1.50 yang kita beri untuk membeli minyak attar ini mampu memberi sedikit kelegaan dan keringanan kepada Pak cik Zainal ini.
Mungkin kita merasa kita sudah mencapai satu tahap negara maju, tapi nampaknya masih ada lagi insan yang dihimpit kesusahan hidup.
Diharap pihak berkuasa dapat membantu individu senasib seperti Pak cik Zainal. –MYNEWSHUB.

1 comments:

  1. selagi nyawa dikandung badan.....demi sesuap nasi.....

    ReplyDelete

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib