Wednesday, 17 December 2014

Sahabat Faqeh Terengganu harapan baru buat anak autisme


Ibu bapa bersama anak mereka ketika kelas pembelajaran.
Terengganu  masih  tiada sekolah khusus untuk kanak-kanak Autisme , ianya  tidak seperti di negeri-negeri lain  dikelola oleh Nasom atau pun badan-banda Ngo lain yang mempunyai sekolah khas dilengkapi keperluan asas untuk intervensi awal anak OKU (Autisme) dan juga sindrom Down

Sahabat Faqeh Terengganu (SFT) satu pertubuhan yang telah diwujudkan oleh golongan ibubapa kepada anak-anak istimewa ini di ketuai oleh Dr Norsuhaily Abu Bakar  serta mendapat kerjasama daripada Unisza pada awal pertubuhannya awal 2014 lalu.
Menurut setiausaha SFT Engku Mohd Hairulnizam Tuan Ahmad yang bertugas sebagai Pengurus di YPU berkata , Pihak Unisza dibawah kepimpinan Dr Norsuhaily Abu Bakar  telah mengadakan satu program bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak seperti di bawah kategori Autisme dan Sindrom Down .
“Program itu dikendalikan bersama dengan Yayasan Faqeh, bagi menekankan pendidikan Al-Quran dan pentingnya pendidikan itu untuk membentuk sahsiah diri anak-anak istimewa dari golongan muslim dinegeri ini”
“Matlamat pertubuhan ini diwujudkan adalah untuk memberi sokongan moral pada golongan ibubapa serta membantu anak Istimewa ini menyediakan program intervensi awal dengan trapi yang terlatih bagi membantu anak-anak  istimewa menjadi seperti kanak-kanak normal yang lain,”
“Kami sangat memerlukan tempat yang lebih besar dengan halaman untuk aktiviti anak istimewa ini dan juga dana untuk membeli peralatan “occupational theraphy” serta tenaga pengajar yang terlatih”


Buat masa sekarang SFT mendapat ehsan untuk  menumpang dan menggunakan ruang tingkat atas Darul Fitrah bagi mengadakan perjumpaan pada setiap hari jumaat dimana program dimulakan dengan mengambil wuduk, solat dhuha dan bacaan ayat Ruqyah dan ayat-ayat Quran. Aktiviti seterusnya ialah sessi “occupational theraphy” dan pengajaran mengaji untuk anak istimewa ini, katanya lagi.
Pertubuhan ini tidak pernah mendapat bantuan dari mana-mana pihak kerajaan , badan-badan NGO mahupun badan-badan korporat , hanya mendapat tajaan program dari Unisza serta hanya mendapat dana daripada yuran ahli .
Dengan Ahli seramai 30 keluarga sekarang dan  penyertaan hanya dibuka kepada yang ada anak istimewa. Sebarang pertanyaan, sumbangan boleh berhubung terus dengan En. Engku Mohd hairulnizam Tuan Ahmad ditalian  013-9216897. -Sumber Terengganu Times

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib