Thursday, 25 December 2014

Ngeri! Tiga maut, seorang parah bom meletup di Gurun (17 Gambar)


Letupan bom ragut 3 nyawa. seorang parah dan mayat berkecai.
GURUN - Tiga beranak maut manakala seorang lagi anggota keluarga itu cedera parah dalam satu kejadian letupan yang berlaku di sebuah rumah di Taman Ria Mesra di Gurun petang ini.
    
Letupan kira-kira 4.50 petang itu menyebabkan seorang anggota tentera yang dikenali sebagai Ayob, berusia dalam lingkungan 30-an, anak perempuannya Nor Hidayu Shahirah Ayob, 8, dan anak lelakinya Mohamad Idham Shahmi, 5, maut.
    
Sementara itu, isteri Ayob yang dikenali sebagai Sharifah Haslinda, 37, mengalami kecederaan parah.
    
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Ahmad Shahabuddin berkata, walaupun ada yang mengatakan letupan berpunca daripada tong gas tetapi pihaknya tidak menolak kemungkinan letupan itu berpunca daripada sejenis bahan letupan.
    
" Ini berdasarkan pengamatan impak letupan di lokasi kejadian oleh pihak bomba ketika melakukan kerja pemadaman sebaik tiba di lokasi kejadian.
    
"Ketika menjalankan pemeriksaan, kita mengenal pasti impak yang cukup kuat terutama kesan-kesan lubang pada dinding rumah terbabit yang diyakini berpunca daripada bahan letupan dan bukannya letupan tong gas memasak seperti yang didakwa," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Lagi Gambar di tempat kejadian.









Ahmad berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan turut meminta bantuan daripada Skuad Bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memeriksa lokasi kejadian kerana khuatir masih terdapat bahan yang boleh meletup di dalam rumah terbabit.
    
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan itu pada pukul 4.57 petang, dan sebanyak tiga jentera serta 14 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Yan dan Sungai Petani dikerahkan ke tempat kejadian, dengan jentera pertama tiba pada 5.13 petang.
    
Letupan itu turut menyebabkan kerosakan kepada sekurang-kurangnya lapan rumah berdekatan dan turut memusnahkan dua kereta.    
    
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital yang sama. - Bernama

2 comments:

  1. KENAPALAH BUAT KERJA BODOH MCM NI... TAK PASAL2 MATI KATAK... DAH TAU BAHAN LETUPAN NI BAHAYA DAN BENDA YANG SENSITIF YG GI DOK GERGAJI TU BUAT APE?? KESIAN KAT ANAK2 DAN WIFE DIA YANG TENGAH MENGANDUNG... JANGAN MAIN2 DENGAN BAHAN LETUPAN, SILAP2 NYAWA TEGADAI...

    ReplyDelete
  2. SEORANG LAGI ANGGOTA TENTERA TERKORBAN SEBELUM SEMPAT PEGI BERPERANG AKIBAT KECUAIAN SENDIRI... SATU KERUGIAN BUAT NEGARA...

    ReplyDelete

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib