Thursday, 18 December 2014

Ngeri! Gadis dibunuh bapa tiri, kulit muka disiat kejam

Kassandra Bravo dibunuh oleh bapa tiri.
MAYAT seorang gadis remaja ditemui dalam keadaan ngeri dan amat menyedihkan.

Bukan sahaja dibunuh, namun kulitnya disiat-siat hingga pihak polis sendiri tidak dapat mengecam mayat mangsa.

Perbuatan terkutuk ini didakwa angkara bapa tirinya sendiri apabila mangsa dikatakan ingin mendedahkan gangguan seksual bapa tirinya selama ini.


Sebelum penemuan mayat gadis ini, Kassandra Bravo, 19, dilaporkan hilang oleh ibunya sejak awal bulan ini hingga notis kehilangannya turut disebarkan oleh pihak polis.

Malangnya, berita kehilangannya itu berakhir dengan penemuan mayatnya dalam sebuah parit berdekatan jalan raya di Las Cocinas, Mexico.

Hasil bedah siasat mendapati, mangsa yang merupakan penuntut kejururawatan telah dicekik hingga mati.


Keadaan gadis ini selepas dibunuh dan muka disiat secara kejam.
Pihak polis yang menyiasat kes ini berkata, pada awalnya agak sukar mengecam mayat Kassandra  kerana kulit mukanya habis disiat hingga tidak menampakkan rupa dirinya lagi.

Seorang rakan Kassandra memberitahu, mangsa berniat mendedahkan perangai sebenar bapa tirinya kepada ibunya Angela Bravo, 41, iaitu telah menderanya secara seksual sejak berumur 15 tahun.
Bagaimanapun, niatnya tidak kesampaian apabila dilaporkan hilang secara tiba-tiba.

Bapa tiri mangsa, Daniel Murrieta Sianz, 42, akhirnya mengaku mencekik dan membuang mayat mangsa, namun menolak dakwaan yang dia mendera atau menyiat kulit gadis tersebut. 

Sumber mynewshub.cc

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib