Wednesday, 3 December 2014

Luahan hati tunang Syafiqa mangsa toreh muka

Mohd. Azijja Zafran Zahrani, tunang kepada Nur Syafiqa Lah.
Sudahlah bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, berdepan pula dengan dugaan sebegini. Di saat seperti ini, Nur Syafiqa Lah amat memerlukan sokongan dari keluarga dan orang tersayang. Di saat ini jugalah akan teruji kesetiaan lelaki sama ada cinta pada wajah atau hati. 

Mohd. Azijja Zafran Zahrani, tunang kepada Nur Syafiqa Lah berjanji akan terus setia bersama insan kesayangannya itu walaupun dia mengetahui bahawa berkemungkinan gadis tersebut mempunyai parut kekal pada wajahnya.

Menurut Azijja, pada masa ini, dia memberikan fokus untuk memulihkan kembali semangat tunangnya itu.

‘‘Walau apa pun terjadi, saya akan terus bersama Nur Syafiqa dan kami akan meneruskan majlis perkahwinan seperti yang dirancang sebelum ini,’’ katanya.

Dia tidak dapat menggambarkan perasaan sedihnya ketika mengetahui Nur Syafiqa diperlakukan dengan kejam oleh penjenayah terbabit.

‘‘Saya sangat cemas. Saya menangis tidak henti-henti dan sehingga hari ini.

‘‘Walaupun Nur Syafiqa sudah boleh tersenyum tetapi saya tahu, dia sebenarnya masih sedih dan trauma dengan tragedi yang menimpanya itu. Sewaktu menemaninya, sudah beberapa kali dia tersentak dari tidur kerana bermimpi mukanya ditoreh, dia memberitahu berasa takut untuk pulang ke rumah itu,’’ katanya.

Nur Syafiqa Lah mangsa samun dan toreh masih terlantar di hospital.
Sementara itu, ketika menceritakan detik kejadian itu, Mohd. Azijja berkata, pada hari itu, Nur Syafiqa ada menghubunginya namun dia tidak menjawab panggilan tersebut.

Katanya, selepas itu dia menerima mesej daripada tunangnya yang memberitahu telah dirompak dan meminta saya segera ke hospital.

‘‘Pada mulanya saya ingat dia bergurau kerana dia memang suka menyakat saya,”katanya.

Dalam kejadian kelmarin, Nur Syafiqa menempuh pengalaman ngeri apabila mukanya ditumbuk dan ditoreh dengan sebilah pisau oleh salah seorang daripada dua penjenayah ketika cuba melawan suspek yang menceroboh rumahnya di Kampung Wakaf Berangan, Sri Aman, Pasir Puteh. - MY MEDIA HUB (sumber asal - utusan malaysia)

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib