Saturday, 27 December 2014

Lelaki Algeria meninggal dunia di Raudhah Masjid Nabawi

Al-Fatihah, seorang lelaki dari Algeria dilaporkan telah meninggal dunia di dalam kawasan Raudhah di Masjid Nabawi di Madinah kira-kira 10 minit selepas masuknya waktu subuh tadi di sana.
Gambar jenazah lelaki itu dikirimkan oleh pengacara stesen televisyen TV3 Fedtri Yahya yang sedang berada di Madinah menunaikan umrah.
Lelaki ini, saatnya meninggal dunia begitu didambakan oleh setiap orang Muslim di dunia kerana meninggal dunia pada hari Jumaat dan juga di dalam kawasan yang ditentukan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai satu antara taman-taman syurga di sisi Allah.
AlgeriaMati_2
Memetik laman blog syahrilkadir.wordpress.com, Raudhah merupakan satu kawasan yang terletak di antara Mimbar dengan makam Nabi Muhammad SAW yang dahulunya rumah baginda.
Jarak rumah baginda dengan masjid begitu dekat dan kawasan di antara rumah dan masjid itu ditentukan sebagai Raudhah.
“Ibn Hajar al-Asqalani dan Imam Nawawi mengatakan bahawa di situ tempat seharusnya diperbanyakkan doa.
“Dalam erti kata lain, kalau Rasulullah sendiri dah kata ia taman syurga apalagi nak kita katakan, Subhanallah!” menurut Syahril Kadir pemilik blog berkenaan.
Sesungguhnya kematian warga Algeria itu memang sudah ditakdirkan Allah untuk mendapat sebaik-baik kematian di hari yang mulia dan di tempat yang mulia di sisi Allah dan RasulNya. – MYNEWSHUB.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib