Thursday, 4 December 2014

Juruteknik TNB maut tercampak nahas di Tepoh (9 Gambar)

KUALA NERUS - Seorang juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB) maut setelah kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terlibat kemalangan di laluan Kuala Terengganu- Kota Baharu berdekatan Kampung Sungai Ikan, Tepuh, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa yang memandu Mitsubishi Triton dari arah Kuala Terengganu dikatakan cuba mengelak Perodua Viva yang datang dari arah bertentangan sebelum kenderaan yang dipandunya terbabas dan berpusing beberapa kali lalu terbalik.

Mangsa, Mohd Nizam Zainol Abidin, 30, maut serta-merta di tempat kejadian setelah tercampak keluar daripada kenderaannya menerusi cermin hadapan.

Difahamkan, mangsa bersama dua lagi rakan sekerjanya dari TNB Kuantan, Pahang sedang dalam perjalanan untuk menghadiri tugas rasmi di Kota Bharu, Kelantan.

Bagaimanapun, kedua-dua rakannya iaitu Mohd Fauzi Abdul Aziz, 30, dan Azman Jamaluddin, 29, terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Manakala, kenderaan Perodua Viva yang dipandu seorang wanita berusia 23 tahun yang cuba mengelak turut berpusing dan terbabas di bahu jalan, namun pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.











Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abdul Rafar ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menurutnya kesemua mangsa yang terlibat dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut.

Mayat Mohd Nizam yang berasal dari Temerloh, Pahang turut dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya.-Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib