Thursday, 25 December 2014

Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat (19 Gambar)

Stadium Sultan Muhammad IV sudah dinaiki air.
KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat dengan 32,731 mangsa membabitkan 9,335 keluarga kini berada di pusat pemindahan.
Menurut portal banjir negeri, sebanyak 153 pusat pemindahan dibuka di sembilan daerah dan Gua Musang mencatatkan mangsa paling ramai iaitu 7,385 orang membabitkan 1,880 keluarga.
Sebanyak 39 laluan di lapan daerah terpaksa ditutup untuk kenderaan kecil dan berat berikutan paras air terus meningkat.
Sementara itu, tinjauan di kawasan bandar di hampir semua daerah mendapati, paras air terus meningkat sehingga paras pinggang.-Berita Harian
Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk dengan paras air banjir di beberapa kawasan di bandar Pasir Mas meningkat sehingga paras pinggang.
Air kembali naik di Pasar Besar Rantau Panjang.
Stadium Sultan Muhammad IV sudah dinaiki air.
Sekitar Pengkalan Chepa dan Kota Bharu Kelantan
k
Kawasan Hospital Tanah Merah.
Tesco Kota Bharu.
Pasir Hor Kota Bharu.
Mydin Kota Bharu.
Kota Bharu jam 4 pagi 25/12/2014.
Dataran Muleh Pasir Mas.
Hospital Kuala Krai

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib