Wednesday, 31 December 2014

Helikopter PDRM kemalangan ketika hantar bantuan banjir (12 Gambar)

Helikopter 9M-PHD yang terlibat kemalangan di Tanah Merah Kelantan.
KUALA LUMPUR: Berikutan penyebaran satu mesej Whatsapp yang menyatakan sebuah Helikopter PDRM terlibat dalam kemalangan di Tanah Merah, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kemalangan tersebut benar-benar terjadi petang tadi.

Menurut Khalid, Eurocopter AS355N Ecureuil 2 dengan pendaftaran 9M-PHD itu adalah milik PDRM dan terlibat kemalangan di Kampung Rambai, Tanah Merah, Kelantan.










Dalam insiden tersebut, dua juruterbang dan dua kru dilaporkan cedera dan mereka telah dibawa ke Hospital Tanah Merah. Kesemua penumpang di dalam helikopter tersebut dilaporkan selamat.

Menurut Khalid lagi, helikopter tersebut dalam misi menghantar bekalan makan kepada mangsa banjir di Kampung Rambai, Tanah Merah.

Tan Sri Khalid telah mengesahkan laporan tersebut setelah lebih sejam mesej mengenai kejadian berlegar-legar di media sosial dan aplikasi Whatsapp. - Siakapkeli

Mesej yang tersebar di media sosial dan Whatsapp.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib