Saturday, 20 December 2014

Gaya Rambut: Ini tindakan Indra Putra selepas dikecam peminat

Safiq Rahim dan Indra Putra mengukir gaya rambut sehingga mengudang kritikan peminat.
Kerana memcukur rambut ala QAZA oleh Indra Putra Mahayuddin beliau dikritikan hebat dilaman sosial  semalam  akhirnya beliau akur dengan menerima kritikan tersebut lalu mencukur kepalanya semula sehingga botak.

Dipetik dari laman facebook beliau berkata:
"Pada yg bg nasihat n teguran kat potongan rambut sy,terima kasih banyak2..maaf pada sapa2 yg kurang senang dgan gaya rambut tersebut,sy terima teguran ngan hati terbuka,insyaallah lain masa sy akan lebih berhati2 dalam memilih fashion rambut..excited final...jom!!kita teruskan menyokong pasukan harimau malaya..demi maruah,demi malaysia!!harimau malaya bolehh!!

Solute pada Indra kerana cepat menerima teguran dan matang berfikir, beliau cepat sedar akan kesilapan, bagi aku fesyen rambut itu tak menjaminkan kemenangan Harimau Malaya apa yang perlu buat hanya  focus dan bermain dengan baik berserta semangat yang tinggi insya allah akan memperolehi kejayaan.

Dalam agama jelas banyak hadis hadis yang melarang mencukur hanya sebahagian dari rambut .

Gaya rambut terbaru Indra Putra.
Mencukur sebahagian rambut dan membiarkan sebahagian yang lain namanya Qaza'. Ia dilarang dalam Islam. (Rujuk Hadith Sohih Al Bukhari & Muslim)

Jika mahu mencukur cukur semuanya atau tinggalkan semuanya. Imam An Nawawi menyatakan Ijmak Ulama adalah dilarang, makruh karahah tanzihiyyah, melakukan Qaza' ini.

Jika tujuan melakukan fesyen rambut ala Qaza' ini mengikut gaya Yahudi maka ia haram yang jelas.

Ayuh Indra , Ayuh Harimau Malaya anda boleh melakukan kejutan dan semestinya "Malaysia Malaya Boleh". -Tikaqbuloh

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib