Saturday, 20 December 2014

Chef Wan tidak bersetuju pasangan remaja kahwin awal

Pasangan muda berkahwin jadi perhatian ramai di internet.
Ya baru-baru ini memang viral mengenai berita perkahwinan seorang budak lelaki berusia 15 tahun dengan pasangannya yang berusia 17 tahun. Ada yang menyokong dengan alasan ‘eloklah tak buat maksiat‘. Ada yang membantah dengan alasan ‘muda lagi, sekurang-kurangnya habiskanlah belajar dulu‘. Abang Nara juga pada dasarnya kurang bersetuju dengan perkahwinan terlalu muda sebegini. 15 tahun nak jadi ketua keluarga? Hmmm…

Baca : Pasangan Muaz & Amiera Kahwin Muda Nak Tutup Aib? (7 Gambar)
Ada juga alasan yang digunakan seperti ‘ala mak bapak/datuk nenek kita kahwin umur 12 tahun dulu bahagia je sampai akhir hayat‘. Apa pun, Abang Nara tertarik dengan teguran serta pendapat yang dikeluarkan oleh Chef Wan. Amat bernas sekali. Chef Wan punya komentar memang pedas namun itulah realiti. Tulis Chef Wan:-
Sayangnya bukan ke waktu umur begini anak2 muda bertungkus lumus menimba ilmu di sekolah untuk menjamin kan lagi hidup mereka di masa hadapan? The paper say in BH Spore that the boy who is 15 decided bila dapat result examnya dia tak akan sambung belajar lagi.
Isteri 17tahun baru 2 bulan kenal.Apparently both parent mereka setuju pulak tu.Wow i am speechless that there are people who take marriage ni so simple tanpa memikir betapa besar tanggung jawab mereka sebagai parent untuk anak2 mereka.
If our entire nation anak2 muda is allowed to this bayang kan la masa depan negara apa nak jadi.
Lets not even speculate or buruk sangka about their marriage tetapi about both of them getting the right education, getting mature, berkerja, belajar hidup berdikari and finally berpasangan when the time is right.
There always a time for everything. U simply have to learned to be responsible of yourself and then start a family.
At 15 yrs old nak kerja apa tu nak tanggung anak dan isteri? Silap hari kencing tu berselerak lagi!

Chef Wan tidak bersetuju golongan remaja kahwin di usia muda.
Pasti ada yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan pendapat Chef Wan ini. Masing-masing ada pendapat sendiri dalam hal ini. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar pasangan suami isteri muda ini akan berbahagia sehingga ke akhir hayat. Ingatlah kahwin ini bukan mudah lebih-lebih lagi di zaman moden ini. Semoga si suami dapat memimpin isterinya dengan baik. Amin. -beautifulnara

1 comments:

  1. doh bkpe plok tukang masak dok setuju..apa kena mengena dgn tukang dgn kwin muda....tk fhm lah...

    ReplyDelete

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib