Friday, 26 December 2014

BANJIR: Dua lelaki berpaut pada pokok 18 jam (11 Gambar)

MOHD Nazir (kiri) dan Mohd Zafirul selepas diselamatkan.
Dungun: Dua lelaki terpaksa berpaut 18 jam pada sebatang pokok sebelum ditemui pasukan penyelamat kira-kira jam 12 tengah hari semalam.
Mohd Nazir Mamat, 33, dan anak saudaranya, Mohd Zafirul Izhan, 19, dihanyutkan arus selepas bot gentian kaca dinaiki mereka terbalik, dalam kejadian di Kampung Padang Ping, Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), dekat sini, petang semalam.
Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Bandar AMBS, Imran Ismail berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan mengambil ahli keluarga mereka berikutan banjir di kampung berkenaan, kira-kira 6 petang.

Adun Bukit Besi Roslee Daud bersyukur mangsa ditemui selamat.

“Dalam perjalanan, bot mereka terbalik dan kedua-dua mangsa dihanyutkan arus deras sebelum mereka sempat mencapai dahan dan berpaut pada sebarang pokok,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya yang menerima panggilan kira-kira 11 pagi ini, bergegas melancarkan gerakan mencari dan menyelamat membabitkan kekuatan 12 anggota dengan kerjasama polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
“Pasukan penyelamat menemui mangsa yang sedang berpaut pada sebatang pokok. Ketika ditemui, kedua-dua mangsa dalam keadaan tidak bermaya dan kesejukan.
“Kedua-dua mereka yang berpaut selama 18 jam pada pokok itu, kemudiannya dibawa ke Kampung Dendang dekat sini,” katanya

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib