Sunday, 7 December 2014

(6 Gambar) T-Team umum senarai penuh pemain musim 2015


Kapten T-Team menyerahkan surat kontrak kepada COO T-Team Mohd Syahrizan Mohd Zain. 
Pasukan kelab T-Team hari ini mengumumkan senarai penuh pemain yang akan menggalas cabaran skuad Titans di Liga Perdana 2015. Ketua Pegawai Operasi T-Team Mohd Syahrizan Mohd Zain berkata senarai 25 pemain yang diaftarkan telah diserahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum tarikh tutup pendaftaran pemain sebelum ini iaitu pada 5 Disember 2015.

Daripada 25 pemain yang dipilih itu hanya tiga pemain import yang dipilih menyarung jersi T-Team iaitu penyerang kebangsaan Uzbekistan Farhod Tadjiev, Sabruddin Abdullaev (Uzbekistan) dan Faramola David Oniya dari Nigeria yang bermain di Liga Uzbekistan. Syahrizan juga mengumumkan Shamsul Saad (bekas jurulatih Piala Presiden Perak) sebagai jurulatih sementara T-Team sebelum jurulatih tetap yang akan dikenalpasti dalam masa terdekat.

Skuad yang berpengkalan di Kuala terengganu itu meletakkan sasaran sekurang-kurangnya satu piala musim depan dan mahu kembali ke Liga Super pada tahun 2016.

Senarai pemain T-Team untuk Liga Perdana 2015.



Penyerang kebangsaan Uzbekistan Farhod Tadjiev sertai T-Team 2015.
Mengulas isu Fabio Flor, Syahrizan berkata pemain itu sudah ditamatkan kontrak setahun lebih awal kerana Fabio gagal pulih dalam masa terdekat. Mengikut kontrak, khidmat Fabio berakhir pada November 2015 tetapi kecederaan yang dialami oleh pemain itu memerlukan tiga hingga empat bulan untuk pulih dan atas persetujuan bersama (T-Team dan Fabio Flor) kontrak beliau ditamatkan.

Berhubung kes pemain sumpah kontroversi Irfan Ghani, T-Team masih lagi berbincang dengan Persatuan Bolasepak Johor (PBNJ) kerana T-Team belum mengeluarkan surat pelepasan kepada beliau walaupun khabarnya Irfan sudah menyertai pasukan JDT II untuk 2015. Pengurusan T-Team akan merujuk kepada FAM tentang perkara ini. 

Sementara itu bagi jurulatih sementara Syamsul Saad percaya dengan pemain yang sedia ada mampu memberi saingan dalam kancah liga musim depan dengan kombinasi pemain senior seperti Marzuki Yusof serta Faizal Muhammad dan pemain Piala Presiden yang diserap masuk. Beliau akan menggunakan segala pengalaman dimiliki untuk dicurahkan kepada pemain dan yakin dengan kerjasama dari semua pihak Titans boleh melangkah jauh dalam Liga Perdana. -Terengganu Times

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib