Wednesday, 31 December 2014

(7 Gambar) Dua pelajar maut kemalangan ngeri di Hulu Langat

Dua pelajar sekolah maut kemalangan di Nanding Hulu Langat.
Hulu Langat - 2 pelajar sekolah maut selepas motosikal yang dinaiki dilanggar lori yang mengakibatkan kepala salah seorang mangsa hancur berkecai.

"Mereka (yang menunggang motosikal) memotong lori tersebut di simpang tapi tergesel lalu jatuh dan terus digilis lori terbabit sampai pecah kepala,".
Itu kata saksi kemalangan maut melibatkan dua orang pelajar sekolah menengah di Hulu Langat pagi tadi.
Dia yang mahu dikenali sebagai Tok Yan berkata, kejadian berlaku di hadapan matanya ketika sedang bersarapan pagi di warung berhampiran tempat kemalangan di simpang perumahan kos rendah, Taman Sri Nanding.
"Kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian dalam keadaan yang amat mengerikan. Saya berhenti sarapan sebab nak bantu tetapi dah tak boleh buat apa-apa sebab keadaan mangsa memang terlalu parah.
WANITA mengutip cebisan daging dan otak mayat anaknya yang terbabit dalam kemalangan.




"Mangsa, Asraf Kamaruzaman dan Mohd Faiz Mohd Daud, kedua-dua berusia 15 tahun berasal dari Sungai Lui, Hulu Langat dikatakan sedang dalam perjalanan ke pekan berhampiran untuk membeli peralatan persekolahan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Tambahnya, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat. 
"Kedua-dua mangsa adalah anak kepada saudara mara saya," katanya.
Jurucakap polis Batu 14 Hulu Langat ketika dhubungi mengesahkan kejadian tersebut tetapi enggan mengulas lanjut. - MalaysiaGazette

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib