Monday, 1 December 2014

(20 Gambar) Lelaki maut nahas Aston Martin DB9 putus dua

Kereta mewah Aston Martin putus dalam kemalangan di Lebuhraya NPE.
Seorang maut selepas kereta mewah sport Aston Martin DB9 yang dipandu terbabas dan terputus dua sebelum terbakar. Menurut sumber mangsa telah tercampak keluar dari kereta dalam kejadian di Lebuh Raya NPE Kuala Lumpur pagi tadi. Mangsa mati di tempat kejadian. Punca nahas masih disiasat. Gambar dari Info Roadblock JPJ/Polis dan Daily Traffic Report.

Video kemalangan Aston Martin di Highway NPE Kuala Lumpur pagi tadi (1/12/2014)

Petaling Jaya: Seorang pemandu kereta mewah Aston Martin DB9 maut selepas tercampak keluar dari kereta yang dipandunya dalam kemalangan di Kilometer 18 Lebuhraya Pantai Baru (NPE), awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa Muhammad Sirajullah Abu Bakar, 30, disahkan maut di lokasi kejadian selepas kereta dipandunya terputus dua.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta mewah berkenaan cuba mengelak sebuah motosikal yang ditunggang menentang arus di laluan itu.
"Pemandu dipercayai cuba mengelak lalu terbabas dan merempuh tiang jejambat menyebabkan bahagian depan kereta itu hancur berkecai manakala pemandu tercampak di atas jalan raya.
"Serpihan kereta itu kemudiannya terpelanting ke arah sebuah kereta lain jenis Proton Pesona yang dipandu seorang wanita berusia 43 tahun," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, wanita itu mengalami kecederaan dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Hmetro




Contoh kereta Aston Martin DB9 V12 yang mampu memecut sehingga 450 HP.










Seorang pengguna Facwebook memuatnaik status accident di Highway NPE Kuala Lumpur.







7 comments:

  1. dah sampai ajalnya, "maut itu tetap mendatangi kamu, walaupun berada di dalam benteng yang kukuh"
    Aston Martin, diiktiraf antara "safety car" yang terbaik di dunia.

    ReplyDelete
  2. Peluang selamat mungkin ada sekiranya seat belt dipakai. Kereta diiktiraf selamat tetapi pengguna kemungkinan tidak menggunapakai peralatan keselamatan yang disediakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NGOKKKKKKKKKK
      kereta dah hancur, terbelah dua. kalau xtercampak keluar, mau nye jadi lempeng mayat die
      peluang selamat konon

      Delete
    2. bro mulut tu kau jaga sikit tu sepupu aku .siapa ajar kau cakap cam tu

      Delete
    3. Boss tuan empunya ni business ap yaaa...kerata impian tu...just nak tahu sahaja

      Delete
  3. Ajalnya sampai BUKAN sewaktu keretanya terputus dua... Dia TIDAK tercampak keluar... Dia dapat keluar dari kereta tetapi kemudian ...
    Semoga Allah merahmatinya...
    Kita jadikan iktibar akibat pemanduan laju...
    Al-Fatihah...

    ReplyDelete
  4. FREE REGISTER…
    Tiada apa2 bayaran dikenakan.. (Kalau anda rasa program ni menipu, anda tidak rugi apa2 pun, anda tak perlu keluar modal pun kan??..) tak perlu cari orang, tak perlu jual barang.. Anda perlu open link dibawah dan register.. anda terus dapat USD25?3.4=RM85.00..lepas tu anda akan dapat link anda sendiri dan copy ayat2 saya ini.. paste kt fb,tweeter,wechat,wassap dan sebagainya.. setiap orang yang buka link anda, anda akan terima USD10 ?3.4=RM34.00..MUDAH kan..??anda boleh pilih samaada duit masuk ke acc bank anda atau CEK dipos ke alamat rumah anda.. Ramai yg dah register PERCUMA..cuba klik link ni tak salah mencuba kan. http://peruserpaid.com/?ref=84648

    ReplyDelete

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib