Monday, 1 December 2014

(8 Gambar) Tiga beranak disamun, gadis nyaris dirogol

Salah seorang mangsa samun.
Pasir Puteh : Satu kejadian samun dan rompak telah berlaku di Lot 1195, Sentosa, Wakaf Berangan Sri Aman Pasir Puteh kelantan.

Kejadian itu berlaku pada jam lebih kurang 1.40 petang yang mana telah disahkan oleh bilik Gerakan IPD Pasir Puteh Kelantan telah menerima panggilan telefon  daripada talian  999.



Baca Nur Syafiqa sedia buat rawatan luar negara
Siasatan awal yang dibuat oleh pihak Polis dirumah mangsa didapati pada masa kejadian tersebut terdapat 3 org berada dirumah iaitu mangsa Hat Tema Bt Mat Zin, 58 tahun (Ibu), Nur Shafiqa bt. Lah, 22 tahun(Anak) dan Nur Shafatini bt. Lah, 18 tahun (Anak).

 Saspek 2 lelaki melayu menaiki motosikal dan telah masuk kedalam  rumah tanpa membuka topi keledar yg mempunyai penutup depan (Visor) manakala  seorang saspek telah menendang pintu bilik air yg mana di dalamnya mangsa Nur Shafiqa sedang mandi. 

Setelah pintu terbuka saspek telah tarik mangsa ke ruang tamu rumah dan mangsa  dapati emak Mangsa (Hat Tema) sedang terbaring di ruang dapur rumah. 

Kemudian mangsa Nur Shafiqa telah diminta oleh salah seorang saspek untuk mencabut sebentuk cincin yang sedang dipakai oleh mangsa iaitu IBU Nur Shafiqa (Hat Tema) yang sedang terbaring dilantai itu. 

Nur Shafiqa  kemudiannya telah dibawa masuk ke dalam salah satu bilik dan  saspek telah mengambil satu telefon bimbit miliknya jenis iPhone 5 (S).

Semasa didalam bilik itu juga  Shafiqa telah melihat saspek  membuka seluar dan pada anggapannya dia akan dirogol oleh penyamun tersebut namun saspek pakai semula seluar apabila saspek yang kedua yang berada diluar bersama dengan ibu mangsa memanggilnya. 

Saspek pertama terus keluar dari bilik dan kemudian masuk semula kedalam bilik serta menumbuk muka mangsa dan toreh muka mangsa dengan pisau kerana mangsa melawan.

Saspek kemudian keluar dari bilik dan seterusnya Nur Shafiqa terus kunci bilik dari dalam dan kemudian berteriak ikut tingkap untuk minta bantuan. Saspek dipercayai melarikan diri apabila mendengar mangsa berteriak  meminta bantuan.

Pada masa yang sama adik mangsa iaitu Nur Shafatini turut berada didalam rumah. Adik mangsa berada dalam bilik berlainan pada ketika itu  dan  telah bersembunyi dibawah katil ketika saspek tendang pintu bilik. 

Walaubagaimana pun  beliau tidak nampak saspek yang masuk kedalam  rumah mereka. Nur Shafatini kemudiannya  telah menghubungi talian 999 bagi meminta bantuan dari pihak polis dan juga ambulan.

Setelang Polis dan ambulan tiba serta membawa kedua-dua mangsa Hat Tema dan Nur Shafiq telah dibawa ke Hospital Tengku Anis bagi menerima rawatan dan akan dirujuk ke HUSM utk rawatan lanjut.

Hat Tema mengalami cedera luka pada bawah mata sebelah kanan dan luka kesan ditoreh pada pipi sebelah kiri kerana telah melawan 2 orang sapek (penyamun) manakala Nur Shafiqa mengalami kecederaan  pada dahi sebelah kanan dan pada bibirnya.

Barangan yang telah disahkan hilang adalah barang kemas sebentuk cincin, seutas gelang tangan, telefon bimbit iPhone 5S warna putih.

Saspek utama 2 orang lelaki yang memakai topi keledar serta mempunyai  bentuk badan kurus dan  kenderaan yg digunakan saspek tidak dilihat.

Semasa kejaidan itu saspek bercakap dalam bahasa melayu dialek Kelantan dan muka saspek tidak dapat dicamkan kerana memakai topi keledar dengan penutup visor gelap.

Sementara itu pihak POLIS telah membuat siasatan ditempat kejadian dan Rajah kasar tempat kejadian itu telah dilakar serta gambar tempat kejadian juga telah dirakamkan dan juga  kesan kecederaan mangsa.

Pihak Polis dengan Bantuan D8 telah dipohon untuk mengesan lokasi telefon bimbit mangsa dan anggota JSJ & JSJN telah diarahkan utk mengesan saspek terlibat.

Kes ini telah di Klasifikasi dan  dicadang  dibawah seksyen 394 Kanun Keseksaan. -Terengganu Times











Laporan polis


Kes samun berkait Pasir puteh Rpt. 6955/14.

1) Pengadu:
Mohd Zulkifli  b. Mohd Zain KP: kpl. 117920, um: 49 thn. Kj: Polis, ALamat:  IPD Pasir Puteh kelantan.


2) Mangsa:
2.1. Hat Tema Bt Mat Zin, No KPT 560817-06-5358, Kerja surirumah, alamat Lot 1195, Lorong Sentosa, Wakaf Berangan, 16800 Pasir Puteh, Kelantan.
2.2. Nur Shafiqa bt. Lah KP: 920710115534, 22 thn, Kerja Tiada.
2.3. Nur Shafatini bt. Lah KP: 960126-11-5400, umur: 18 thn., Kerja Tiada.




3) Fakta kes:
Pd jam l/kurang 1.58 tgh 30/11/14  pgd bertugas di bilik Gerakan IPD Pasir puteh kelantan tlh terima panggilan telefon  drpd  999 beritahu satu kejadian samun berlaku di Lot 1195, Lorong sentosa, Wakaf Berangan, Pasir Puteh Kelantan.

4) Hasil siasatan Awal:
- Kjdn disebuah rumah batu di Lorong Sentosa, Wakaf Berangan Sri Aman Pasir Puteh kelantan.
- Pada masa kejadian tersebut terdapat 3 org berada dirumah iaitu mangsa para 2.1 & para 2.2   dan seorang lagi anak mangsa para 2.3 nama Nur Shafatini bt. Lah umur: 18 thn.
- Saspek 2 lelaki melayu menaiki m/sikal & naik dlm rumah tanpa membuka topi keledar yg mempunyai Visor.
- Seorang saspek tlh menendang pintu bilik air yg mana di dalamnya mangsa para 2.2. sedang mandi. Setelah pintu terbuka saspek telah tarik mangsa ke ruang tamu rumah & dapati emak Mangsa (mangsa para 2.1.) sedang terbaring di ruang dapur rumah. Mangsa para 2.2 telah diminta oleh salah seorang saspek utk mencabut sebentuk cincin yg sdg dipakai oleh mangsa para 2.1. Mangsa para 2.2. kemudiannya tlh dibawa masuk ke dalam salah satu bilik & saspek telah ambil satu telefon bimbit milik mangsa jenis iPhone 5 (S) no  Tel: 01121995194, imei : 358842058976773. mangsa nampak saspek tlh buka seluar dipercayai mahu rogol mangsa. Namun saspek pakai semula seluar apabila saspek yg berada diluar bersama dgn mangsa para 2.1. memanggilnya. Saspek keluar dari bilik & kemudian masuk semula dan telah tumbuk muka mangsa & toreh muka mangsa dengan pisau kerana mangsa melawan.
-Saspek kemudian keluar dari bilik & seterusnya mangsa para 2.2. terus kunci bilik dari dalam dan kemudian bertempik ikut tingkap untuk minta bantuan.
-Saspek dipercayai melarikan diri apabila mendengar mangsa bertempik meminta bantuan.
-Pada masa kejadian seorang mangsa para 2.3. Turut berada didalam rumah & pd masa kjdn beliau berada didalam bilik & telah bersembunyi dibawah katil ketika saspek tendang pintu bilik. Namun beliau tidak nampak saspek yg masuk dlm rumah. Mangsa para 2.3 kemudian telah menghubungi talian 999.
- kedua mangsa 2.1 dan 2.2 telah dihantar ke Hospital Tengku Anis bagi menerima rawatan dan akan dirujuk ke HUSM utk rawatan lanjut.
- Mangsa para 2.1 mengalami cedera luka pada bawah mata sebelah kanan & luka kesan ditoreh pada pipi sebelah kiri.
- Mangsa para 2.2 mengalami cedera luka pada dahi sebelah kanan & luka pada bibir.
- Barang yg hilang adalah barang kemas sebentuk cincin, seutas gelang tangan, telefon bimbit iPhone 5S warna putih Tel: 01121995194, imei : 358842058976773,


5) Saspek:
- 2L memakai topi keledar, bentuk badan kurus, kenderaan yg digunakan saspek tidak dilihat.
- saspek bercakap dlm bhs melayu dialek kelantan.
- muka saspek tidak dicamkan kerana memakai topi keledar dgn visor gelap.


6) Tindakan:
- Tempat kejadian telah dilawati. Rajah kasar tmpat kejadiam telah dilakar, dan gambar tempat kjdn serta kesan kecederaan mangsa tlh dirakamkan.
- Bantuan D8 telah dipohon utk bantuan mengesan lokasi telefon bimbit mangsa.
- anggota JSJ & JSJN telah diarahkan utk mengesan saspek terlibat.


7) Klasifikasi: cadang seksyen 394 KK

2 comments:

  1. http://tunetalk.ws/263175.php Memang ada satu bisnes modal RM2xx jual produk kesihatan dan kecantikan boleh cepat dpt duit byk2... tapi sekali itu aje dpt byk dgn cek bernilai ribu2.. bulan depan ? bulan seterusnya ? Tahun seterusnya... Masih dpt lagi ke ribu2 tu... setiap bulan kena mantain beli produk... setiap bulan kena buat servis... biasanya kena rekrut org supaya sentiasa beli produk walaupun org itu dh sihat...dah cantik..

    Buat bisnes ToneExcel, modal sekali RM90 jer.. mantain bulanan cuma isi topup minima RM20 jer... Ada ke org guna hp tak isi top up ? Perlu ke nak ingatkan org supaya isi top up... pasaran seluruh org yg guna hp... bukan org yg nak sihat atau org nak cantik...

    Bab komisyen, walaupun sikit tetapi semakin meningkat... semakin konsisten setiap bulan naik terus naik...tak akan turun...klu dpt ribu2 bukan sekali itu jer...bulan dpn dpt ribu2 lagi...tahun depan belas ribu...ratus ribu... selagi dlm dunia nie org guna hp...

    *faham ke tak

    ReplyDelete

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib