Sunday, 14 December 2014

(10 Gambar) Pelakon Syarul Ridwan cerita detik cemas kemalangan

Kereta Honda City milik pelakon Syarul Ridwan terbalik selepas terlibat kemalangan.
PETALING JAYA: Pelakon Syarul Rizwan memberitahu pengalaman terlibat dalam kemalangan di Sungai Ujong, Seremban pada petang Khamis lalu sebagai sesuatu kejadian paling buruk yang pernah dialaminya.
Syarul atau nama sebenarnya Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 25, berkata, dalam kejadian tersebut dia menyangka bahawa kereta jenis Honda City yang dipandu itu bakal meletup selepas berpusing beberapa kali dan terbalik.
"Saya baru sahaja selesai penggambaran drama Street Vendetta di Kuala Linggi, kemudian saya mahu pulang ke Bangi dan mengambil keputusan untuk menggunakan jalan dalam kerana Lebuhraya Plus sesak teruk.

Pelakon Syarul Ridwan terlibat kemalangan di Sungai Ujong, Seremban
Keadaan kereta Honda City yang dipandu Syarul ketika terlibat kemalangan.




"Ketika itu hujan lebat dan saya memandu dengan perlahan kerana jalan licin, selepas terlanggar pembahagi jalan kereta saya berpusing dua kali.
"Saya sedar waktu kereta berpusing dan bila sudah terbalik, asap keluar banyak dalam kereta, saya mengucap dan buka tali pinggang keselamatan kemudian merangkak keluar kerana takut kereta meletup," ujarnya.

Syarul berkata, dia mematikan enjin kereta beberapa saat selepas berjaya keluar dari kenderaan itu.

Sementara itu, dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan teruk.

"Alhamdulillah, saya tiada kecederaan teruk cuma ada luka di gegendang telinga sebelah kiri dan kanan. Telinga saya berdesing dan tidak boleh dengar bunyi yang terlalu kuat," ujarnya. -MSTAR

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib