Monday, 29 December 2014

10 Fakta Berkaitan Pesawat QZ8501 AirAsia Yang Hilang

Lokasi pesawat Air Asia QZ8501 terputus hubungan.
1. Pesawat jenis Airbus A320 AirAsia Indonesia QZ8501 yang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura membawa 155 penumpang yang terdiri dari 138 dewasa, 16 kanak-kanak, 1 bayi manakala 4 kabin krew dan 2 juruterbang.
2. Pesawat yang memulakan pernerbangan pada jam 5.20pagi itu terputus hubungan pada jam 7.24pagi dan sepatutnya sampai ke lokasi yang dituju pada jam 8.20pagi.
3. Juruterbang pesawat sempat melakukan komunikasi terakhir dengan Pengawal Trafik Udara (ATC) di Bandara Soekarno-Hatta pada jam 6.12 pagi waktu Indonesia.
4. Pesawat AirAsia QZ 8501 penerbangan dari Surabaya ke Singapura sempat melaporkan akan menghindari awan tebal sebelum hilang.
5. Cuaca buruk mungkin menjadi faktor kehilangan pesawat QZ 8501.
6. Kedudukan terakhir pesawat itu dikesan pada ketinggian 32,000 kaki dari paras laut di Laut Jawa sebelum dilaporkan hilang.
Waris mangsa menunggu di lapangan terbang Jakarta.
7. Difahamkan hanya seorang penumpang adalah rakyat Malaysia, seorang rakyat Singapura, tiga rakyat Korea Selatan dan selebihnya rakyat
Indonesia yang berada didalam pesawat tersebut.
8. Ahli keluarga mangsa yang terlibat mula berkumpul di perkarangan Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda di Surabaya selepas mendapat berita tentang kehilangan pesawat.
9. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib yang berada di negeri pantai timur kerana melihat keadaan mangsa yang terlibat banjir memberitahu kerajaan akan berusaha untuk mencari pesawat tersebut.
10. Menurut laporan Kompas.com, pesawat tersebut mungkin terhempas di perairan Belitung Timur (Beltim), Indonesia namun kesahihannya masih belum dipastikan sama ada ia adalah penerbangan AirAsia Indonesia QZ 8501.
Sumber: Kompas.com, BH

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib