Monday, 10 November 2014

Wanita maut dirempuh ketika hantar anak ke sekolah (8 Gambar)

Wanita maut dilanggar ketika mahu menghantar anak ke sekolah.
Satu kemalangan telah berlaku berhampiran SK Tengku bariah di Kampung Pasir Panjang  Kuala Terengganu pagi tadi. Mangsa seorang wanita yang ketika dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah dirempuh oleh seorang pelajar lelaki tingkatan 4 SMK Tengku Bariah yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC. Punca kejadian dikatakan suspek membawa motor dengan laju sebelum merempuh mangsa. Wanita sempat menolak anaknya ke tepi jalan bagi mengelak anak yang berusia 12 tahun itu dirempuh. Mangsa maut di tempat kejadian manakala anaknya dilaporkan turut cedera.
Inilah akibat menunggang motor dengan membabi buta yang telah mengakibatkan seorang wanita yang tidak bersalah meninggal dunia. Dalam sekelip mata sahaja budak lelaki kehilangan ibu tercinta. Al fatihah kepada mangsa semoga ditempatkan dalam kelangan orang beriman. Berhati-hati di jalan raya. Info Epa Poyo, gambar Info Roadblock Jpj, Daily Traffic Report.
Suspek yang melanggar wanita hingga mati.



Adik kehilangan ibunya yang dilanggar pelajar sekolah yang dipercayai Mat Rempit.



2 comments:

  1. Sedih dengan tragedi yang berlaku itu. Semoga anaknya tabah menghadapi segala yang berlaku....Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  2. Inilah akibat budak2 sekolah dah pandai merempit pinjam motor bapak diguna merempit sepatutnya dengan bapak budak tu sekali kena tangkap biarkan motornya diguna anak untuk merempit...

    ReplyDelete

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib