Sunday, 23 November 2014

Tiga maut, 26 cedera letupan lombong arang batu di Sarawak (8 Gambar)

Anggota Bomba dan Penyelamat Sarawak mengawal selia pintu masuk lombong arang batu yang meletup di Selantik, Pantu dekat Sri Aman kira-kira 130km dari Serian, Sarawak pada Sabtu. Tiga warganegara asing maut manakala jumlah yang cedera meningkat kepada 26 orang. 
KUCHING: Tiga maut manakala 26 cedera dalam kejadian letupan di lombong arang batu di Selantik, Sri Aman, semalam, kira-kira 130km dari sini.
Penolong Pengarah (Operasi) Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, berkata kejadian berlaku kira-kira 11 pagi dan punca letupan sedang disiasat.
Menurutnya ketiga-tiga mangsa maut di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Sri Aman.
Katanya enam daripada mereka yang cedera telah dirujuk ke Hospital Serian, kira-kira 60km dari sini dan lima lagi ke Hospital Umum Sarawak, di sini.
Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh Mohamad, berkata tiga yang maut dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu dikenal pasti sebagai warganegara Indonesia, Korea Utara dan Myanmar.
"Bagaimanapun, butiran lanjut berkenaan identiti mangsa-mangsa yang mati ini masih belum diperolehi sepenuhnya," katanya.
Menurutnya siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada percikan api kipas angin yang rosak dan seterusnya menyebabkan kebakaran gas dan letupan di dalam sebuah terowong lombong itu yang sedalam kira-kira 69 meter.
"Semasa kejadian itu, 29 orang pekerja yang berada di dalam terowong itu telah bergegas keluar untuk menyelamatkan diri di samping membantu rakan sekerja mereka yang mengalami kecederaan serius," katanya.

Mat Jusoh berkata mayat ketiga-tiga mangsa yang terkorban dalam kejadian itu telah dibawa ke Hospital Sri Aman untuk dibedah siasat sementara 16 orang daripada mereka yang tercedera turut dirawat di hospital sama.
Mangsa lain yang cedera telah dirujuk ke Klinik Desa Pantu dan Hospital Daerah Serian, kira-kira 60km dari sini, katanya.
Menurutnya lombong arang batu berkenaan yang terletak tiga kilometer dari jalan utama Sri Aman-Kuching telah beroperasi sejak lapan tahun lepas.
 "Kini terdapat 119 orang pekerja warga China, Myanmar, Indonesia, Bangladesh dan Korea Utara yang bekerja di lombong berkenaan," katanya.
Lokasi letupan lombong arang batu di Selantik Seri Aman.


Tiga yang maut dalam kejadian letupan di lombong arang batu di Selantik, Pantu dekat Sri Aman hari ini, kira-kira 130km dari sini, dikenal pasti sebagai warganegara asing manakala jumlah yang cedera meningkat kepada 26 orang.

Anggota Bomba dan Penyelamat Sarawak memasuki pintu masuk lombong arang batu yang meletup di Selantik, Pantu dekat Sri Aman hari ini, kira-kira 130km dari Serian, hari ini. Tiga warganegara asing maut manakala jumlah yang cedera meningkat kepada 26 orang.
SALAH seorang daripada mangsa letupan di lombong arang batu Selantik tiba di Hospital Umum Sarawak di Kuching untuk rawatan lanjut selepas dipindahkan dari Hospital Sri Aman, semalam.
Sementara itu Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Soiman Jahid berkata tiada pekerja yang terperangkap dalam letupan yang berlaku di Lombong Arang Batu Selantik di Sri Aman kerana semua mangsa telah dipindahkan sebaik sahaja kejadian itu berlaku. 
"Mereka yang cedera telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak dan keadaan di lombong berkenaan masih terkawal.

"Beberapa pegawai masih memantau lokasi kejadian bagi memastikan keadaan di sana selamat," kata Soiman kepada The Star.
Pada Mac 2012, seramai empat pekerja warga China maut selepas berlaku kebakaran di dalam terowong lombong arang batu di Abok yang terletak tidak jauh dari Pantu. -MSTAR

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib