Thursday, 13 November 2014

Terkini! Jawatan Kosong di jabatan kerajaan Terengganu

Jawatan kosong di Jabatan kerajaan negeri Terengganu.
Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPNT) akan mengeluarkan iklan kekosongan jawatan bagi kali kedua untuk tahun ini.

Setiausaha SPNT, Ahmad Faris Abdul Razak berkata, ia bertujuan mengisi keperluan di jabatan-jabatan kerajaan negeri di seluruh Terengganu.

“Iklan mengenai kekosongan yang di tawarkan SPNT akan disiarkan melalui akhbar Utusan Malaysia pada 12 November 2014 (Rabu).

“Sebanyak 10 jawatan akan diiklankan merangkumi jawatan di peringkat sijil akademik PMR hingga ke Diploma,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tarikh tutup iklan 07-12-2014.

Menurut Ahmad Faris, iklan berkenaan boleh juga diperolehi dengan melayari portal http://spn.terengganu.gov.my mulai tarikh yang sama. Syarat-syarat kelayakan ada di situ.

Di dalam portal ini anda diminta login bagi yang sudah mendaftar dan bagi yang belum mendaftar diminta mendaftar dahulu sebelum login dan ikut langkah-langkah yang diberitahu di sini  http://spn.terengganu.gov.my/eSUPERNET/online1.php -Teganukita

Antara jawatan yang diiklankan:


NP27 - PENGHULU

 S17 - PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (IMAM)

 S17 - PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (PEGAWAI PENGUATKUASA SYARIAH)

 W17 - PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)

 N11 - PEMBANTU OPERASI

 NT27 - PENOLONG PEGAWAI TANAH

 JA17 - PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM)

 H11 - PEMBANTU AWAM

 N17 - OPERATOR WAYARLES

 N27 - SETIAUSAHA PEJABAT

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib