Tuesday, 11 November 2014

Terengganu tak jadi ambik Ronaldinho

Terengganu enggan bayar tebus kontrak Ronaldhino yang terlalu tinggi.
HASRAT skuad Penyu untuk mengikat penyerang PKNS FC, Patrick Ronaldinho Wleh dalam memperkuatkan jentera serangan pasukan dalam kempen Liga Malaysia musim depan tidak kesampaian berikutan masalah tuntutan pampasan yang terlalu tinggi.

Setiausaha Agung, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Arpin Draman mengesahkan pasukan berstatus kelab itu meminta PBSNT menebus kontrak penyerang kelahiran Liberia yang masih berbaki dua tahun itu berjumlah RM1.5 juta dengan memberikan notis selama tiga hari untuk dijelaskan.    

Menurutnya, sebelum ini pihaknya sudah mengadakan perbincangan dan majikan pemain itu meminta PBSNT perlu melunaskan pampasan untuk semusim sahaja.

“Bagaimanapun, mereka memberi alasan masih mahu menggunakan khidmat penyerang itu musim depan dan sekiranya Terengganu tetap mahu menggunakan khidmat penyerang mereka itu maka kita (PBSNT) perlu membayar pampasan kontrak RM1.5 juta dalam tempoh tiga hari.

“Bagi kita jumlah ini (RM1.5 juta) dan cukup tinggi dan kita tidak bersedia untuk membuat pelaburan begitu besar, jadi kita terpaksa melupakan hasrat untuk membawa penyerang berusia 23 tahun ini bersama Terengganu,” katanya di sini, semalam.

Dalam pada itu, Arpin berkata, sebelum ini pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan pemain kelahiran Monrovia itu dan telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) baru-baru ini.

Untuk rekod, Terengganu kini sudah mengikat dua kouta awang import melibatkan Vincent Bikana yang dilanjutkan kontraknya dan pemain tengah yang beraksi dengan kelab Arema Cronous dalam Liga Indonesia, Gustavo Lopez.-Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib