Monday, 24 November 2014

Terengganu nafi beri kawasan perlombongan kepada syarikat CAA Resources

Ahmad Razif di sidang media hari ini.
Kerajaan negeri Terengganu hari ini menafikan dakwaan menyerahkan  kawasan pajakan perlombongan kepada syarikat CAA Resources seperti mana yang dinyatakan di dalam artikal New York Times bertarikh 19 november 2014 yang bertajuk :Chiese Interests Look To Malaysia For Cheap Iron Ore And Profits.
Dalam satu sidang akhbar di Wisma Darul Iman pagi ini, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Haji Ahmad Razif Abd Rahman menyifatkan tuduhan berkenaan adalah tidak berasas, berunsur fitnah dan berniat jahat oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab  terhadap kerajaan negeri Terengganu.
Menurut Razif, kerajaan negeri tidak pernah meluluskan kawasan perlombongan kepada syarikat tersebut sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Menurut beliau lagi, kerajaan negeri melalui  penasihat undang-undang akan menjalankan siasatan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mereka yang menimbulkan serta menyebarkanfitnah ini.
“Kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang- undang melalui badan perundangan negeri kepada mana- mana pihak yang membuat dan menyebarkan firnah ini”
Jelas beliau lagi, empat  syarikat tempatan telah di beri kelulusan untuk melombong di kawasan Bukit Besi yang telah beroperasi sepenuhnya di Malaysia dan  akan di jual kepada Instant Steel dan Perwaja Steel serta tidak dibenarkan diproses di luar negara.
Kerajaan negeri juga telah mengarahkan SPRM menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut. -Terengganu Times

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib