Wednesday, 12 November 2014

Skuad Penyu umum pemain Terengganu musim 2015

Senarai pemain Terengganu musim 2015.

Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Abdul Hamid mengumumkan senarai awal pemain bola sepak negeri Terengganu untuk musim Liga Super 2015 dalam sidang media di Pejabat PBSNT di Wisma Seri Amar tengah hari tadi. 

Beliau turut mengumumkan pasukan Terengganu mengekalkan hampir 80 peratus muka lama dan hanya melepaskan 4 pemain musim 2014 iaitu Mazlizam Muhammad, Faiz Subri, Norhakim Hassan dan Norfarhan Muhammad. Kekosongan itu akan diisi pemain dari Piala Presiden dan T-Team.

Dalam sidang media itu, beliau mengesahkan Manaf Mamat kekal bersama pasukan Penyu sekaligus menepis khabar angin pemain yang digelar Libasan Ekor Penyu mahu beralih angin ke pasukan lain.

Antara penambahbaikan yang dilakukan untuk musim depan adalah melantik seorang jurulatih taktikal yang berperanan sebagai penasihat dalam membantu jurulatih Haji Abdul Rahman Ibrahim dalam strategi dan taktikal pasukan. 4 calon untu jawatan itu telah disenaraipendek iaitu masing-masing 3 calon import dan seorang calon tempatan.
Datuk Wan Ahmad Nizam di sidang media PBSNT. 
Dalam pemilihan pemain penyerang pula, Wan Ahmad Nizam memberitahu pemberita 2 pemain telah ditandatangani kontrak iaitu Vincent Bikana dan Gustavo Lopez manakala 2 kuota lagi akan dipilih sama ada dari negara Brazil, Nigeria dan Lubnan (kouta Asia).

Memandangkan belanja untuk pergurusan pasukan semakin meningkat, beliau menjangkakan peruntukan tahunan Terengganu bakal ditambah dalam lingkungan 30 hingga 50 peratus mengikut keadaan.

Bagi sasaran tahun depan, skuad Peteh mensasarkan sekurang-kurangnya berjaya mencapai satu piala sama ada Piala Malaysia, Liga Super atau Piala FA. Beliau turut memberi amaran supaya semua pemain meningkatkan aksi permainan atau berdepan tindakan drastik dari PBSNT jika beraksi sambil lewa. -Kredit Terengganu Times. 

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib