Tuesday, 4 November 2014

Remaja hilang: Kronologi kehilangan Rafiqin di Sekayu

Ahmad Rafiqin Azman hilang ketika marathon di Sekayu sabtu lalu.
Mengikut sosek-sosek yang BIRU buat pasal kehilangan sorang remaja semasa menyertai Terengganu Mount Gajah Terom Challenge di Hutan Lipur air Terjun Sekayu Hulu Terengganu pada 1 November 2014.

Mangsa hilang Ahmad Rafikin Azman dikatakan sehri sebelum Kejohanan itu telah pergi ke sekayu bagi membuat tinjauan trek untuk marthon yang diadakan pada keesokkan harinya. 

Selepas dari pada itu beliau telh bertemu dengan seorang kenlannya yang kebetulan telah membuka satu gerai jualan untuk kejohan tersebut dan menyatakan kepada kenalan itu "Trek ning bahaya sikit" dan mangsa pulang ke sekolah seleps itu.

Kesah ini bermula daripada awal tahun ini dan penganjur telah menngguhkan kejohanan ini beberapa kali dan akhirnya tarikh 1 November 2014 adalah penamatnya.

Menurut beberapa sumber yang BIRU temui ada beberapa percanggahan info dan kerjesama antara penganjur dengan beberapa agensi/jabatan kerajaan terengganu. 

Ada yang menyatakan  ini dibawah exco Belia dan Sukan negeri? dan tidak terlepas juga exco Perlancongan dan Kebudayaan Negeri? dan hakikatnya ia adalah anjuran kelab Kelab Kembara Negara/www.kembaranegara.com.

Untuk pengetahuan semua pada setiap tahun dan diawal November Taman Hutan Lipur Sekayu ini akan ditutup kepada orang awan dan juga sebarang aktiviti yang hendak dilakukan disini.

Jabatan Perhutanan Daerah Hulu Terengganu akan menutup sepenuhnya operasi di Hutan Lipur ini memandangkan pada bulan November hingga Januari ia adalah bulan peralihan monson yang mana menerima hujan dan menyebabkan keadaan bahaya untuk sebarang aktiviti.
Anggota tentera dan bomba berbincang operasi SAR di Sekayu.
Ahmad Razif turut ke lokasi kejadian memantau operasi yang dilakukan.

Menurut sumber yang temui dikenali sebagai Awang Dek, Pejabat Hutan telah memaklumkan kepada penganjur akan resiko yang dihadapi jikalau kejohanan ini diteruskan juga dan antaranya trek licin jika  hari hujan dan trek yang mahu dilalui itu cukup merbahaya kepada mereka-mereka yang dibawah umur @ junior.


Akan tetapi penganjur terus berdegil untuk meneruskan kejohanan tersebut dengan alasan semua persedian dan persiapan untuk Terengganu Mount Gajah Terom Challenge telah dibuat dengan sebaik-baiknya?.

Berbalik kepada cerita si mangsa, 

Mangsa telah meminta restu dengan ibunya Puan Rasyidah dan dengan berat hati ibunya terpaksa merelakan peryertaan anaknya itu.

Pada hari kejadian Rafikin meminta ibunya menhantar beliau ke sekayu dan rakan-rakan sekolahnya menaiki 2 buah Van untuk kekejohanan tersebut.

Rafikin menyertai ketogeri JUNIOR iaitu 12 kilometer keseluruhan dan semasa check point pertama nombor yang dipakai oleh rafikin ada tercatit pada check point tersebut akan tetapi pada check poin ke 2(penamat) no yang dipakai rafikin tidak tercatit dengan urusetia kejohanan setelah semua peserta junior selesai.

Gerak hati seorang ibu, sesuatu telah berlaku kepada anaknya kerana ketogeri itu akan tamat pada jam 2.30 dan dijangka Rafikin akan pulang pada jam 4.30 petang akan tetapi Azman(bapa) telah pergi ketapak kejohanan pada jam 3.30 petang mahu membawa Rafikin balik apakan daya setelah membuat semakan memang sah beliau tidak sampai ke garisan penamat.

Setelah semua peserta turun dari trek tetapi kelibat Rafikin masih tidak muncul tiba dan selepas itu urusetia mengerakkan pencarian serta dimaklumkankepada pihak berkuasa akan kehilang Ahmad Rafikin.

Usaha mencari Rafikin kini masuk hari ketiga dan dengan pelbagai jabatan yang terlibat diantaranya BOMBA, JPAM, Rela, ATM, Polis dan juga orang ramai yang mana turut membantu dalam misi mencari dan menyelam yang telah dilancarkan pada petang hari tersebut.

Pelbagai usaha telah digerakkan dengan menggunakan Unit anjing Pengesan dan tidak terlepas dengan khidmat pemgamal perubatan tradisonal dan ISLAM.


BIRU mengharapkan satu khabar gembira akan biru dan keluarga adik Rafikin dapat dan kita semua harus berdoa kepadanya yang MAHA SATU.. INSYAALLAH....-KULIHATLANGITBIRU

3 comments:

  1. byk sgt la salah ejaan. please proof read before posting.

    ReplyDelete
  2. Just noted je x perlu nak kecoh

    ReplyDelete
  3. Harap2 bapa Rafikin saman saja penganjur kejohanan 'marathon membunuh' tu...
    Sukan adalah untuk kecergasan & kesihatan, bukannya untuk menempah maut...

    ReplyDelete

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib