Tuesday, 25 November 2014

Punca sebenar Van Ambulans melawan arus di LPT

Van ambulans dipandu melawan arus di Lebuhraya Pantai Timur.
Punca Sebenar Pemandu Ambulan Melawan Arus Di Lebuhraya Pantai Timur | Sebuah video yang memaparkan saat-saat cemas seorang pengguna jalan raya yamng hampir melanggar sebuah ambulan yang melawan arus tersebar di laman sosial.

Mohd Syawwil Idham nyaris terlanggar sebuah ambulan milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)bernombor pendaftaran W7183L yang melawan arus pada kedudukan di lorong laju tanpa membunyikan sebarang siren.
Kejadian yang berlaku di Lebuhraya Pantai Timur itu, Syawwil sempat menekan brek kecemasan dan menggelak dari terlanggar ambulan berkenaan.
“Jika tanpa bantuan ABS, mungkin kereta saya telah berpusing dan berlakunya satu kemalangan yang mengerikan kecelakaan pada kami sekeluarga,” katanya.
Seorang individu tampil menjelaskan punca sebenar van ambulans dipandu melawan arus.
Syawwil menggesa pihak KKM menyiasat tindakan pemandu ambulan berkenaan dan ambil tindakan yang sewajarnya jika tindakan pemandu berkenaan tiada dalam SOP.
Susulan daripada itu, ramai pihak membuat pelbagai andaian antaranya menyalahkan tindakan pemandu, tidak kurang juga yang memberikan pandangan bahawa jika dalam keadaan terdesak, tindakan pemandu ambulan itu boleh dipertimbangkan.
Namun, seorang individu tampil menjelaskan kisah sebenar yang menjadi punca mengapa pemandu ambulan terpaksa mengambil tindakan melawan arus sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain. -katakcomel

Video van ambulans dipandu melawan arus.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib