Sunday, 30 November 2014

Piala AFF: Dollah Salleh puas hati komitment pemain (10 Gambar)

Pemain Harimau Malaya meraikan kemenangan menewaskan Singapura dan layak ke separuh akhir. 
SINGAPURA: Pengendali skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh berpuas hati dengan keputusan pada saat-saat terakhir untuk merombak jentera serangan negara ketika menentang Singapura di Stadium Nasional, SingaporeSports Hub, malam ini.

Dia beranggapan langkah itu membutirkan hasil kepada pasukan yang menang 3-1 dan layak ke separuh akhir Piala AFF Suzuki.

Bekas ketua jurulatih Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu berkata penyerang kembar negara, Mohd Safee Mohd Sali dan Norshahrul Idlan Talaha cuba mencari gol kemenangan pada aksi terakhir Kumpulan B, namun gagal.

"Sebab itu saya mengambil keputusan untuk memasukkan Abdul Manaf (Mamat) dan Indra Putra (Mahayuddin) pada saat-saat akhir bagi menggantikan mereka berdua dan ia nyata berbaloi.

"Apa yang menarik mengenai Indra Putra adalah dia mampu menjaringkan gol daripada sudut yang sukar dan wajar dijadikan contoh oleh beberapa pemain muda kita," kata Dollah kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Kemenangan 3-1 yang diraih Malaysia pada perlawanan malam ini membawa skuad negara ke peringkat separuh akhir berdepan juara kumpulan A, Vietnam, awal Disember ini.
Dollah turut memuji semua barisan pemain negara termasuk pemain sayap, Azamuddin Mohd Akil yang berusaha untuk mencipta peluang jaringan ketika skuad negara terdesak memenangi perlawanan.

"Saya amat berbangga kerana semua pemain tidak mudah berputus asa ketikakita terdesak untuk mencari gol kemenangan.

"Saya agak bimbang sewaktu kita terikat seri 1-1, namun pemain tidak patah semangat dan bangkit meraih kejayaan," jelas Dollah.


Tendangan maut dari Safee Sali yang menghasilkan gol.









Berkongsi pandangan yang sama adalah Mohd Safee yang berpuas hati dengan persembahan dipamerkan rakan sepasukan walaupun berdepan tekanan beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong Singapura.

"Pemain sudah memberikan yang terbaik dan saya harap kita dapat meneruskan rentak kemenangan ini apabila menentang Vietnam nanti," jelas penyerang kelab Johor Darul Ta'zim itu.

Thailand yang muncul juara Kumpulan B susulan kemenangan 2-0 ke atas Myanmar di Stadium Besar, malam ini bakal menentang naib juara kumpulan A, Filipina pada peringkat separuh akhir.

Aksi separuh akhir akan dilangsungkan mengikut format kalah mati iaitu separuh akhir pertama pada 6 dan 7 Disember diikuti separuh akhir kedua pada 10 dan 11 Disember ini. - BERNAMA, gambar Dunia Sukan

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib