Thursday, 20 November 2014

Penyanyi kumpulan pop rock positif dadah

Penyanyi popular ditahan ke dadah syabu.
Gombak: Seorang penyanyi dan pelakon lelaki berusia 35 tahun ditahan di perkarangan tempat letak kereta di sebuah pusat beli belah di Selayang kerana memiliki satu peket dadah syabu jam 2 petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Superintendan Muhammed Hasbullah Ali ketika dihubungi berkata, hasil pemeriksaan ke atas artis terbabit menemui satu peket lutsinar dadah jenis syabu seberat 0.3 gram dalam gengaman tangan kiri.

Menurutnya, polis kemudian membawa suspek ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk menjalani ujian air kencing dan disahkan positif dadah syabu.

"Suspek kini ditahan dan akan direman esok bagi membantu siasatan.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan tangkapan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15 (1) (a) ADB. -hmetro

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib