Monday, 10 November 2014

Penjelasan sebenar restoran isu RM1 Caj mangkuk kosong

Mangkuk kosong yang dicaj RM1 jadi viral di internet.
Sebelum ini heboh mengenai resit keluaran Restoran Insaf yang menjadi viral di media sosial berikutan dengan caj harga makanan yang dikatakan tidak masuk akal, kini sebuah restoran yang terletak di negeri di bawah bayu pula menjadi sasaran.
Ini gara-gara seorang pelanggan restoran terbabit memuat naik gambar di laman facebook berkenaan resit makanan di Restoran Ummi Aisah yang mengenakan caj yang tidak sepatutnya hanya kerana meminta MANGKUK KOSONG.
Aik, kita yang mendengarnya pun pelik…adakah ini polisi baru yang bakal diperkenalkan pada restoran kelak?
Kalau betul, memang cekik darahlah jawabnya kan!
Bagi yang melihat resit ini, janganlah pula cepat melenting dan sesuka hati memaki hamun restoran tersebut kerana rupa-rupanya ada cerita disebalik resit tersebut.
Ikuti penjelasan pemilik restoran terbabit, Iskahaarrudin Ahmad melalui screenshoot  ini….

Menurut beliau, kesilapan ini adalah tidak disengajakan gara-gara kesilapan pekerjanya pada mesin kira.  Ini kerana melalui mesin kira tersebut pekerjanya meminta mangkuk kosong pada rakannya dan tanpa sengaja tertekan RM1.
Malah, pemilik restoran Ummi Aisyah ini dilihat merendah diri memohon maaf kepada pelanggan tersebut dan beliau sendiri memberi nombor telefonnya berharap dapat memohon maaf pada pelanggan terbabit.
Satu amalan yang terpuji, moga-moga pelanggan tersebut dapat berbaik dan memaafkan kesilapan dari Restoran Ummi Aisyah ini. 
Notis Permohonan Maaf Terbuka Di Restoran Ummi Aisah
– MYNEWSHUB.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib