Wednesday, 19 November 2014

Pembuli jalanan terhadap wanita dicekup polis

KOK ANN didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.
Petaling Jaya: Seorang lelaki yang gambarnya tersebar di laman sosial mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap dua pertuduhan iaitu melakukan khianat dengan meludah dan membengkokkan pengelap cermin kereta serta membuat ugutan jenayah terhadap seorang pembantu peribadi, dua hari lalu.

Baca (8 Gambar) Pemandu samseng ludah, patahkan wiper kereta wanita

Pengarah syarikat konsultan Khoo Kok Ann, 58, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Salamiah Salleh.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan khianat dengan membengkokkan pengelap cermin depan kereta dan meludah ke arah cermin hadapan kereta Perodua Kenari warna putih milik Alisa Thean Wei Yun, 45.

Aksi samseng suspek jadi viral di laman sosial.
Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Manakala bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan ugutan jenayah bagi mendatangkan kegentaran terhadap mangsa yang sama dengan menghalang laluan perjalanan.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
~>hmetro

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib