Monday, 24 November 2014

Pelakon Eina Azman dikecam parking kereta Chevrolet di stesen minyak

Gambar kereta Chevrolet Camaro milik Eia Azman yang diletakkan di tempat pam minyak jadi viral.
Kalau kereta Myvi, Proton atau Honda memang kita tidak akan tahu siapa pemiliknya. Namun kalau kereta anda agak unik seperti kereta Chevrolet Camaro, memang senanglah orang nak tahu. Kalau tak silap kereta Chevrolet Camaro berwarna kuning ini diterima oleh Eina Azman sebagai hantaran ketika majlis perkahwinannya dahulu. Menariknya semalam, Abang Nara menerima informasi yang kereta ini telah di’parking’kan di salah satu pam stesen minyak sementara pasangan ini dengan jayanya pergi makan Subway.
Kereta Chevrolet Camaro di tempat pam minyak Petronas.
Perkongsian gambar di atas telah menjadi viral di Twitter dengan ramai yang mengecam tindakan pasangan pengantin baru ini. Rasanya ia adalah ‘common sense’ untuk tidak meninggalkan kereta anda di pam minyak terlalu lama kerana ramai lagi orang yang nak menggunakannya, lebih-lebih lagi pada malam Ahad di mana esoknya adalah hari bekerja. Lagipun kalau tak silap Abang Nara, stesen minyak ada menyediakan kemudahan parking berasingan untuk mereka yang ingin lepak lama di situ.

Sama-sama kita nantikan reaksi dan maklumbalas daripada Eina Azman mengenai hal ini. Masih belum lagi diketahui kebenarannya. Mana tahu ada pihak yang cemburu dengan kereta mahal milik mereka berdua lalu dengan sengaja mengada-adakan cerita. Namun kalau betul mereka melakukan perkara ini, sesungguhnya ia agak memalukan lebih-lebih lagi dengan status mereka sebagai orang kenamaan. Sumber Twitter @advreds, Beautifull Nara

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib