Tuesday, 4 November 2014

Melampau! Lelaki ludah & maki staff JPJ kemalangan

Lelaki bersikap biadap terhadap anggota JPJ.
Tindakan seorang lelaki bersikap Biadap terhadap seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan yang terlibat dalam kemalangan tidak boleh terima akal. 

Melihat Pegawai JPJ kemalangan dan mengalami patah kaki sehingga sanggup meludah pegawai JPJ hanya kerana benci dan meluat melihat kakitangan² agensi berkenaan.

Status biadab Mohd Rahman Ramli:

"Hahaha. pagi tadi masa kat area besraya hiway. ada eksiden depan mata aku. superbike langgar belakang myvi. rider motor tercampak tengah jalan patah kaki. bila aku pergi nk tolong mangsa. laaa rupenye Staff jpj pakai unipom nk pi otw keje. haaa ambik aku ludah sedas siap aku maki2 budak tu sampai dia mengerang kesakitan mintak aku tolong. tapi aku buat taktau je. siap aku ludah kat dia sedas pastu tinggalkan dia langsung tak bagi pertolongan. pandai2 la kamu nk hidup wahai jpj oi.. pepandai la kamu call ambulan sendiri. haaa amik balik atas apa yg ko pnh buat kat orang selama ni."

APA SALAH JPJ?

Tersentak membaca ringkasan cerita ini. Kalau benar perkara ini berlaku, kenapa kami perlu diperlakukan sehingga sebegini rupa? Apa salah kami?

Salah ke kami kerana ingin menguatkuasakan dan memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi? 

Salah ke kami kerana ingin memastikan pemandu dan penumpang sentiasa selamat?

Salah ke kami kerana ingin memastikan kenderaan yang dipandu berada dalam keadaan selamat?

Dan salah ke kami kerana ingin memastikan jalan raya di Malaysia sentiasa selamat untuk SEMUA pengguna? 

Kalau benar semua itu salah? Jadi apa yang sebetulnya perlu kami lakukan?

Kalau ada di antara kami bersalah kenapa yang lain juga perlu merasa tempiasnya?

Cukup sedih, cukup pedih. Kalau ini yang perlu kami telan kami akur. Terima kasih wahai rakyat Malaysia. 

Admin Fanpage Jabatan Pengangkutan |Jalan Malaysia

1 comments:

  1. TETAPI,ade kakitangan JPJ yg melampau sangat...bila buat aduan,buat bodoh je..sedangkan AGONG pn masih boleh memaafkan kesalahan rakyat MALAYSIA..kenapa JPJ tidak??kenapa di sebabkan pemandu lain SELURUH RAKYAT MALAYSIA terima TEMPIASnya???sedangkan JPJ pn melanggar peraturan jugak...tetang mangkuk yg x nk tlg tu,itu antara dia dan budak kemalangan tu,tp kalau sya sye akan tlg budak yg kemalangan tu...tp POSTING ANDA tidak sesuai anda PAMERKAN..thx...renung-renungkan..

    ReplyDelete

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib