Sunday, 16 November 2014

Keperibadian David Beckham Dipuji Selebriti Tempatan

David Beckham berada di Kuala Lumpur Malaysia.
Seperti diketahui umum, ikon bola sepak terkenal dunia David Beckham telah muncul dalam satu majlis eksklusif di pusat hiburan terkenal di ibu negara, semalam.

Sudah pastilah, kemunculan Beckham mendapat perhatian mata yang hadir di majlis eksklusif tersebut.

Apa lagi, tetamu yang hadir tak melepaskan peluang merakam kenangan bersama Beckham, termasuklah beberapa selebriti tempatan yang kemudiannya memuatnaik dengan bangga gambar tersebut di laman Instagram masing-masing.
Antaranya Amber Chia, Deborah Henry, Andrea Fonseka dan beberapa pereka terkenal Malaysia iaitu Melinda Looi dan Kenny Loh dari Lord’s Tailor.
Menurut mereka semua, ikon bola sepak terkenal dunia ini merupakan seorang yang sangat merendah diri dan mempunyai budi bahasa yang amat baik.
Bekas Ratu Malaysia Universe, Andrea Fonseka menulis kapsyen, “Dinner with Becks last night. He was polite, charming and extremely humble with no airs at all. Thank you Dato Jimmy Choo for having me.”
Perkara ini turut diakui oleh pereka fesyen, Melinda Looi di laman Instagram yang menyifatkan Beckham seorang yang merendah diri.
Kiranya, memang bertuahlah selebriti-selebriti ini kerana dapat bergambar dan berbual dengan jejaka kacak idaman semua wanita ini.
Menurut Murai.com.my, kehadiran Beckham ke negara ini turut ditemani seorang usahawan dan penerbit TV terkenal, Simon Fuller yang cukup popular menerusi program American Idol. – MYNEWSHUB.

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib