Wednesday, 26 November 2014

Isu viral anak tengking bapa pam tayar adalah fitnah

Isu wanita tengking bapa ketika pam tayar adalah fitnah.
Bismillahhirrahmannirrahim. Assalamualaikum. 

Saya wakil ahli keluarga dari mangsa dalam viral "anak tengking bapa sebab xreti pam tayar kereta". 

Berkenaan dengan isu ini, ahli keluarga saya telah menerima kecaman hebat apabila page2 FB & blog2 menyiarkan tweet dari seorang mahasiswi yg akaunnya bernama 'farahsyazwanimj'. 

Kami menafikan sekeras2nya fitnah daripada tweet tersebut kerana kejadian tengking-menengking sama sekali tidak berlaku. 

Seperti tweet farahsyazwanimj, "she shouted at her dad in public just because x reti pamkan angin.

The dad was nicely attired for her convo. I cried"; translation : Dia marah kat ayah dia depan orang ramai sebab ayah dia tak reti pam angin. 

Ayah dia berpakaian kemas semata-mata nak hadiri convo anak dia. Yang pertama, mangsa tidak menengking ayahnya. 

Sebaliknya sedang membetulkan semula tekanan angin dalam tayar. ibu mangsa juga berada di dalam kereta. kedua2 ibu bapa mangsa turut menafikan kejadian tersebut. 

Yang kedua, mangsa BUKAN pergi konvo. Mangsa dah lama konvo, dah kerja dah pun. 

Mereka dalam perjalanan ke JB atas tujuan menghadiri majlis kahwin sanak saudara. 

Keluarga kami telah berjaya menghubungi farahsyazwanimj utk bertanyakan ttg viral yg disebarkan dan beliau telah mengeluarkan kenyataan maaf atas kesilapannya mengeluarkan 'tweet' sebegitu di atas akaun baru twitternya.- Sumber Nurnatasya Norulhadi

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib