Tuesday, 11 November 2014

Isu plate: Maxazman cabar Ketua Pengarah JPJ bersemuka

Maxazman Sabudin mencabar Ketua Pengarah JPJ untuk bersemuka dengannya.
Seorang pengguna Facebook yang hanya dikenali sebagai Maxazman Sabudin telah mencabar Ketua Pengarah JPJ untuk bersemuka dengannya secara peribadi pada 13 November ni.
Ini semua gara-gara KP JPJ berasa kurang senang terhadap status Facebook yang dimuat naik oleh Maxazman dan meminta Maxazman tampil untuk bersemuka dengannya.
Namun sebaliknya Maxazman berkata, Ketua Pengarah JPJ yang sepatutnya datang bersemuka dengannya secara peribadi di pejabat Maxazman yang terletak di Aras 16 Menara KLCC pada 13 November 2014.
Punca isu tersebut susulan tindakan Maxazman mengkritik KP JPJ yang bercermin gelap serta memasang nombor plate kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi JPJ.
Antara tujuan utama Bro Maxazman ingin bersemuka dengan Ketua Pengarah JPJ adalah untuk meminta penjelasan mengenai isu cermin gelap, pemasangan lampu HID, serta nombor plate yang tidak mengikut spesifikasi yang didakwa penyumbang utama kepada kemalangan jalan raya.
Antara Kenyataan Maxazman Sabudin Di laman Sosial Miliknya

Punca Isu Bro Maxazman vs Ketua Pengarah JPJ


0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib