Sunday, 23 November 2014

Emma Maembong Tak Perlu Takut Dengan Saya - Juliana Evans

Juliana Evans ketika belajar di Amerika Syarikat.
SEBELUM melanjutkan pengajian ijazah di Amerika Syarikat, Juliana Evans pernah dikaitkan bercinta dengan pelawak dan pengacara terkenal, Zizan Razak.
Namun, masing-masing menafikan perkara tersebut dengan mengatakan hubungan mereka hanya berlandaskan sebagai rakan artis.
Juliana Evans pernah digosipkan dengan Zizan Razak sebelum ini.
Dan kini, Zizan pun sudah menemui buah hatinya sendiri yang juga seorang pelakon yang semakin mekar namanya, Emma Maembong.

Lantas, ada cakap-cakap mengatakan yang Juliana dan Emma pernah bergaduh ketika Emma berkunjung ke negara Uncle Sam, beberapa bulan lalu.
Terkejut dengan dakwaan itu, Juliana, 25, menafikan perkhabaran tersebut, “siapa kata kami bergaduh? Saya tak jumpa dia pun sebaliknya hanya meluangkan masa dengan kawan-kawan yang kebetulan ada di sana seperti Afdal, Marina dan Kaka. Jadi, hanya orang-orang yang berada di sana sahaja yang tahu cerita sebenar,” katanya memetik Media Hiburan.
Zizan Razak kini sedang hangat bercinta dengan pelakon Emma Maembong.
Selain itu, Juliana juga berharap peminat tidak mempertikaikan kepulangannya ke Malaysia selepas menamatkan pengajian di Amerika.
“Jangan pertikaikan tujuan saya pulang ke Malaysia. Jujurnya, saya gembira sebab dia sudah punya pasangan. Kalau boleh jangan ungkit lagi cerita lama. Saya tidak mahu dikatakan perosak kepada hubungan mereka kelak. Dan Emma, tak perlu takut dengan saya,” katanya.
Kenapa pula Juliana bercakap begitu kepada Emma, mungkinkah Emma berasa tergugat dengan kepulangan Juliana?
Tapi, tak mungkin rasanya kalau dari dulu Juliana ada hati kat Zizan, mungkin dari dulu lagi mereka dah berpasangan kan.
Apa-apa pun welcome back to Jue dan semoga kepulangannya dapat memeriahkan lagi industri lakonan dan sedikit sebanyak dia boleh memanfaatkan pengajian seninya di sana untuk diaplikasikan di negara kita. - MYNEWSHUB.

1 comments:

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib