Monday, 17 November 2014

Emma Maembong beri penjelasan isu baju Chacha

 
Chacha Maembong dan kakaknya Emma Maembong.
Susulan daripada isu kontroversi antara pereka fesyen Ezuwan Ismail dan pelakon, Chacha Maembong, kakak kepada pelakon cantik berkenaan, Emma Maembong telah memberikan kenyataan balas berhubung isu berkenaan.
Emma Maembong menerusi laman Instagramnya telah meluahkan pendapatnya terhadap rasa tidak puas hati dan kekecewaan Ezuwan Ismail selepas Chacha Maembong tidak menggayakan pakaian rekaannya ketika Anugerah Skrin 2014 baru-baru ini.
Melalui gambar dan mesej yang dimuat naik berkenaan, Emma Maembong telah menyatakan beberapa perkara penting mengapa adiknya, Chacha Maembong telah mengambil keputusan untuk tidak menggayakan gaun rekaan pereka fesyen berkenaan.
Gambar kanan adalah baju rekaan Ezuwan Ismail yang sepatutnya dipakai oleh Cacha Maembong pada Anugerah Skrin 2014 yang diadakan 7 November lalu.

Jelasnya, dia terpaksa berbuat berkenaan (menulis di dalam Instagram) bagi menerangkan perkara sebenar dan tidak mahu pihak terbabit terasa hati jika apa yang ditulisnya menyinggung hati mana-mana pihak.
“Saya ada dengan Chacha time dia nak pakai baju designer tersebut. And ukuran badan pada baju tersebut lari. Ada gelembung belakang dan ukuran ketiak pun lari.
“Masa fitting Chacha ada bagi tahu bahu ni senget, tapi dia cakap ‘you jangan tengok sekarang, belum siap lagi ni’. So she didn’t expect la on the event day baju dapat macam tu sebab dia dah ambil pin cucuk kat mana yang kena alter masa fitting.
“Sebab bila dapat baju dua-dua belah tangan lari tak sama,” katanya dalam Instagram yang turut disertakan dengan gambar pakaian merah jambu terdedah di bahuyang dihiasi dengan butiran manik.
Chacha (kanan) memilih untuk menggayakan busana daripada Fazil Diandra Couture pada malam ASK 2014.
Emma Maembong yang mewakili adiknya menulis, dia telah menghubungi pereka fesyen berkenaan melalui kiriman Whasapp sebaik sahaja majlis berkenaan selesai untuk meminta maaf dan menjelaskan perkara sebenar.
Malah adiknya, Chacha Maembong telah meminta maaf secara terbuka berhubung isu berkenaan semata-mata untuk meleraikan segala salah faham.
Bagaimanapun dia agak terkejut apabila hal berkenaan telah menjadi isu dan diperbesar-besarkan oleh Ezuwan Ismail.
Baju yang sepatutnya dipakai Chacha Maembong.
Penjelasan Emma Maembong.
Emma Maembong dalam kenyataannya itu lagi, kebarangkalian untuk adiknya menggayakan gaun berkenaan pada majlis lain cukup cerah kerana tidak sempat untuk menyarungkan pada majlis anugerah berprestij berkenaan.
“Kadang-kadang ada juga terjadi dekat Emma sendiri and usually designer lain faham dan amat professional, siap event lain pakai baju yang tak jadi pakai itu. Tapi ini macam over sangat.
“Jangan nak cakap time nak sponsor okay saja. Tapi dah kalau salah designer tu sendiri ukuran tak sama dan tak dapat seperti yang dijanjikan. Oh! Kita tak boleh bersuara pulak? Its fair and square lah, designer buat baju kita tolong mereka promote, sama-sama untung,” katanya. – Murai

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib