Sunday, 9 November 2014

(9 Gambar) 2 lelaki Singapura maut kemalangan kereta Porsche

Keadaan kereta Porsche selepas kemalangan di Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR: Dua lelaki warga Singapura maut apabila kereta mewah jenis Porsche yang dinaiki terbabas dan terbalik di KM3.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban menghala pusat bandar raya, awal pagi ini.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP S. Markandan berkata kejadian berlaku kira-kira 2.45 pagi apabila kereta yang dinaiki mangsa hilang kawalan lalu merempuh besi penghadang berhampiran Desa Petaling.
Mangsa dikenali sebagai Kwok Kon Chun, 35, dan Franco Toh, 43, maut di tempat kejadian akibat cedera parah.
“Siasatan awal polis mendapati, semasa kejadian mangsa dalam perjalanan dari Sepang ke pusat bandar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Difahamkan, Kwok merupakan seorang pelumba kereta yang sering menyertai perlumbaan di negara ini termasuk Supercar Drag Race di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) manakala Franco seorang jurufoto profesional.








Sementara itu, Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata sebuah jentera dengan lima anggota dari Balai Bomba Sungai Besi dikejarkan ke lokasi kejadian, sebaik menerima panggilan daripada orang awam untuk mengeluarkan mangsa.
Katanya mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.-Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib