Thursday, 27 November 2014

(8 Gambar) Tentera antara tiga maut kemalangan di Kuala Kangsar

Kemalangan yang melibatkan kereta Proton Satria dan kereta Mercedes.
IPOH: Seorang tentera antara tiga maut manakala dua lagi cedera parah selepas dua kereta bertembung di Kilometer 69 Jalan Ipoh-Gerik di Kampung Chuar Kati dekat Kuala Kangsar di sini, awal pagi Rabu.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Ghuzlan Salleh berkata kejadian pada 1.10 pagi itu, mengakibatkan kereta Proton Satria terbakar dan pemandunya Safani Hassan, 28, yang merupakan anggota Batalion 4, Rejimen Sempadan di Kem Gerik, rentung.
"Pemandu kereta Mercedes Benz Mohd Aminnuddin Mohd Hashim, 57, dari Kampung Chepor di Lenggong dan penumpang sebelahnya Hanita Ariffin, 46, dari Kampung Sri Wangi Simpang Lawin dekat Kuala Kangsar meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Sementara penumpang belakang kereta Mercedes Benz Razali Yaakub dari Kampung Chepor, Lenggong dan seorang lagi wanita yang sedang dikenal pasti identitinya mengalami kecederaan parah, katanya.





Kereta selepas kemalangan.


Menurut Ghuzlan kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Satria yang datang dari arah Kuala Kangsar menghala ke Lenggong gagal memotong kenderaan lain di hadapan sebelum bertembung dengan kereta Mercedes Benz dari arah bertentangan.
"Akibat pelanggaran itu kereta Proton Satria telah terbakar dan pemandunya rentung dan meninggal dunia dalam kenderaan manakala pemandu Mercedes Benz dan penumpang depan tersepit serta meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini untuk menerima rawatan lanjut.
Bedah siasat ke atas ketiga-tiga mayat telah dijalankan di Hospital Kuala Kangsar pada 9 pagi tadi, katanya.
"Polis telah menghubungi keluarga mangsa dan pihak Kem Gerik mengenai kejadian ini," katanya. -MSTAR

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib