Wednesday, 26 November 2014

(6 Gambar) Budak lemas di Masjid Terapung Kuala Terengganu

Mangsa ditemui ahli bomba.
KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak lelaki ditemui lemas di kuala sungai, belakang Masjid Tengku Tengah Zaharah di sini, petang tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan mayat kanak-kanak itu menerusi panggilan daripada orang awam kira-kira jam 3.20 petang, sebelum enam anggota dikejarkan ke tempat kejadian.
Mayat kanak-kanak itu yang belum dikenal pasti dan dianggarkan berusia 10 tahun, bagaimanapun dibawa ke darat oleh orang awam kira-kira jam 4 petang tadi.
Jurucakap itu berkata, mangsa dipercayai ke kuala sungai itu untuk mandi bersama beberapa rakannya sebelum kemudian dipercayai lemas.




Bagaimanapun akibat panik dan takut, rakan-rakannya dipercayai lari meninggalkan lokasi kejadian.
"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis hingga dituntut keluarga kanak-kanak berkenaan," katanya.-BH

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib