Monday, 24 November 2014

(5 Gambar) Lelaki maut kereta rempuh lori treler di Raub

Mangsa tersepit selepas kemalangan.
Raub: Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya hilang kawalan lalu merempuh penghadang jalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar tayar belakang sebuah treler di Kilometer 356 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu, dekat sini, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu menyebabkan mangsa, Shaiful Shari Ab Sawab, 35, dari Kampung Semangat, Maran, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan anggota badan.


Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Deputi Superintendan Mohd Noor Yusof Ali berkata, mangsa yang memandu kereta Honda Accord dari arah Bentong menuju ke bandar ini.




Katanya, ketika tiba di tempat kejadian, mangsa yang memandu seorang diri difahamkan gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas ke kiri dan melanggar penghadang jalan.

"Akibat perlanggaran itu, kenderaan mangsa memasuki pula laluan bertentangan sebelum melanggar tayar belakang sebuah teler yang membawa muatan habuk kayu.


"Orang ramai yang melihat kejadian itu segera menghubungi pihak berkuasa sebelum anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Raub tiba kira-kira 15 minit kemudian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya.
~>hmetro, Daily Traffic Report

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib