Tuesday, 18 November 2014

(4 Gambar) 3 maut kemalangan Alza dan lori di Dungun

Nahas lori dan MPV Alza di Dungun pagi tadi.
Tiga terbunuh selepas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza bertembung dengan sebuah lori treler bermuatan kayu balak di Bandar al Muktafibilllah, Dungun pagi tadi.
Kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, berlaku berdekatan sebuah kilang sawit.
Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan. 
Al fatihah kepada semua mangsa.

Ajal tiga beranak

Dungun: Tiga beranak maut selepas Perodua Alza dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler muatan kayu balak di Kilometer 6, Jalan Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS) - Pasir Raja di sini, kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu mengorbankan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) itu Rizal Zhafri Ibrahim, 22, adik perempuannya Suliana Ibrahim,18, dan bapa mereka Ibrahim Salim, 67.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan dinaiki keluarga terbabit terbabas ke kanan jalan selepas melalui satu selekoh sebelum bertembung dengan sebuah treler balak.
Semua mangsa yang parah di bahagian kepala, dada, tangan dan kaki, meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.

Sepasukan tujuh anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Balai Bomba AMBS terpaksa dipanggil ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika ditemui di Hospital Dungun, mengesahkan kejadian itu.-Harian Metro





0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib