Saturday, 15 November 2014

(15 Gambar) Mat Rempit samun, bunuh dan campak remaja dalam lombong

ANGGOTA bomba menemui mayat Muhammad Khairul di dalam tasik di Taman Tasik Idaman di Setapak semalam.
“Kami dikepung sebelum dibelasah beramai-ramai 20 mat rempit kerana tidak mahu menyerahkan telefon bimbit. Malah, rakan saya ditikam mati sebelum ditolak ke dalam lombong,” kata Abu, 20-an, yang turut menjadi mangsa rompakan sekumpulan lelaki di Taman Tasik Setapak, di sini.

Dalam kejadian jam 11.30 malam kelmarin, mangsa, Khairul Fadzmi Shahrulnizam,19, maut apabila dibelasah sebelum dirodok dengan pisau oleh salah seorang suspek.

Mangsa kemudian ditolak penjenayah ke dalam lombong sebelum mereka melarikan diri.
Abu berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama lima rakan lain berbual kosong di kawasan taman itu sebelum didatangi sekumpulan lelaki bermotosikal.

“Kumpulan lelaki terbabit dilihat cuba menyamun dua lelaki warga Afrika di kawasan berhampiran, tetapi gagal. Susulan itu mereka beralih kepada kami.

“Kumpulan lelaki terbabit yang bersenjatakan kayu, rantai besi, batang besi, pisau dan besi pengunci motor mengarahkan kami menyerahkan telefon bimbit,” katanya.

Bagaimanapun, Khairul dikatakan enggan menyerahkan telefon bimbitnya menyebabkan mereka diserang dan dipukul.

“Lebih kejam apabila Khairul turut ditikam di perut oleh salah seorang suspek. Lelaki itu kemudiannya menolak mangsa ke dalam tasik,” katanya.

Menurutnya, dia dan rakan lain cuba menyelamatkan mangsa, namun gagal berikutan mereka turut dibelasah.

“Saya sempat mendengar Khairul meraung kesakitan apabila ditikam. Semua lelaki itu kemudian melarikan diri,” katanya.

Abu berkata, mereka kemudian menghubungi pihak berkuasa dan keluarga mangsa bagi memaklumkan kejadian itu.

Sementara itu, mayat mangsa ditemui anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat di lombong itu jam 2 pagi sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sementara itu, suasana hiba menyelubungi pekarangan HKL apabila keluarga dan rakan mangsa berkumpul bagi menuntut jenazah mangsa.

Nenek mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mak Long melahirkan rasa terkejut berikutan tidak percaya cucunya dibunuh dengan kejam.

Mangsa anak ketiga dari empat beradik dikebumikan di kampung halaman mereka di Lubuk China, Melaka.










MAYAT mangsa ditemui pasukan penyelamat di dalam lombong Taman Ibu Kota pada jam 2 pagi ini. 
ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat mangsa dari lombong.
ANGGOTA bomba mengusung mayat Khairul Fadzmi Shahrulnizam yang maut dipercayai ditikam sebelum ditolak ke dalam lombong di Taman Ibu Kota, Setapak, Kuala Lumpur, semalam.
Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, polis menahan lapan remaja lelaki berumur 15 sehingga 18 tahun.

“Kami masih memburu tujuh lagi suspek bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, semua yang ditahan direman direman dan disiasat mengikut Seksyen 302 kerana membunuh.-hmetro, jinggo-fotopages.

6 comments:

  1. penjenayah 20 org tu, hantar ke penjara berasingan..

    ReplyDelete
  2. Polis patut ada kan bit bg setiap kawasan perumahan rerutama jalan keluar masuk

    ReplyDelete
  3. Ini syaitan bukan manusia.. Mohon direjam beramai2 dimalukan dan disiksa. Nak jadi gangster sangat!

    ReplyDelete
  4. Bangsat betul!! Nyawa dgn nyawa lh, brani sgt tunjuk samseng!

    ReplyDelete
  5. pancung yg bersalah dan buat siaran langsung di tv.

    ReplyDelete

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib