Bagaimanapun kejayaan penuh dramatik yang dirangkul skuad Tok Gajah ini bukan mudah kerana terpaksa bekerja keras selepas perlawanan diheret ke masa tambahan sebelum aksi penentuan penalti selepas mencatat kedudukan seri 2-2 pada tempoh permainan sebenar.
Juara Piala FA musim ini yang dibimbing Zainal Abidin Hassan itu mempamerkan aksi kemas di bahagian pertahanan malah turut melakukan beberapa serangan menguji penjaga gol JDT, Al-Hafiz.
Namun JDT mula menjumpai rentak permainan selepas penyerang kelahiran La Roja, Argentina Jorge Pereyra Diaz menyamakan kedudukan pada minit ke-31 permainan.
Hanya selepas tiga minit jaringan Diaz,24, keadaan stadium sekali lagi digegarkan dengan sorakan penyokong JDT apabila Luciano Figueroa diberi sepakan percuma selepas bola terkena lengan pemain Pahang.
Figueroa meledak gol kedua Harimau Selatan dengan sepakan penalti sempurna menewaskan penjaga gol Tok Gajah, Khairul Azhan.


Pada minit ke-68 keadaan sedikit ‘panas’ apabila pemain Pahang Saifulnizam dilihat menumbuk perut pemain JDT, Amri Yahya sekaligus dilayangkan kad merah oleh pengadil.
Namun tiga minit selepas insiden tersebut, Nwakaeme (71’) berjaya menyamakan kedudukan dengan gol keduanya sekaligus meredakan sedikit kemarahan penyokong-penyokong Pahang yang tidak berpuas hati dengan layangan kad merah itu.
Jaringan penyamaan Nwakaeme itu menyebabkan perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan selepas kedua-kedua pasukan gagal menambah sebarang jaringan.
Bagaimanapun kelebihan JDT menentang 10 pemain gagal dimanfaatkan sehingga penentuan terakhir melalui sepakan penalti dan berpihak kepada Pahang.
SENARAI PEMAIN:
Johor DT: Al-Hafiz Hamzah (PG), Mahali Jasuli,, Marcos Antonio, Fadhli Shas, Asraruddin Putra, Shakir Shaari,Safiq Rahim (k),Jasazrin Jamaludin,Amri Yahya,Jorge Pereyra Diaz, Luciano Figueroa
Jurulatih: Bojan Hodak
Pahang: Khairul Azhan (PG), Saifulnizam Miswan, Damion Steward, Razman Roslan (K), Shahrizan Salleh, Azamuddin Akil, Azidan Sarudin, Faizol Hussain, R.Gopinathan, Matias Conti, Dickson Nwakaeme
Jurulatih: Zainal Abidin Hassan
0 comments:
Post a Comment