Friday, 31 October 2014

Tanda terkena santau dan cara mengelakkan santau

Tanda-tanda Terkena Sihir,Santau dan Saka. -Gambar Hiasan.
Santau terbahagi kepada dua: 

Jenis Pertama – Santau yang diperbuat daripada adunan tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan jin dan syaitan. Santau jenis ini agak mudah dirawat. 

Jenis Kedua – Santau yang disertai dengan pemujaan terhadap jin dan syaitan. Santau ini juga dikenali dengan ‘Santau Angin’. Santau ini agak sukar dirawat kerana ia melibatkan jin yang memiliki sayap dan terbang di udara. Biasanya mangsa akan menjadi kurus kering. 

Secara umumnya, santau ditujukan kepada mangsa bertujuan seperti berikut: 

- Membalas dendam kepada si mangsa kerana sebab-sebab tertentu.
- Iri hati dan hasad dengki terhadap orang lain.
- Ingin menguji tahap kekuatan atau ketahanan kebatinan seseorang. 
- Sebagai medan menguji tahap kekuatan dan kesan santau yang dimiliki. 
- Membuang santau. Santau angin mesti dibuang pada masa tertentu. Jika tidak berbuat demikian, santau tersebut akan memakan tuannya dan keluargannya. 
- Mencari rezeki melalui upah untuk kenakan santau kepada seseorang.

Bahan-bahan Santau:

- Bahan yang berbisa seperti bisa ular tedung senduk, ular kapak dan katak puru bertanduk.
- Bahan miang seperti miang buluh, ulat bulu, miang rebung, tali guni dan sebagainya.
- Bahan yang tajam dan melukakan seperti kaca, jarum, berus besi, rambut, kuku manusia atau binatang dan sebagainya.
- Bahan yang boleh membuat seseorang itu tidak dapat tidur seterusnya menjadikan bodoh seperti kura-kura, tulang dagu kera duku, uri kucing, biji mata kelawar dan burung jampuk.

Tanda-tanda terkena santau:

Jika seseorang mempunyai ciri-ciri berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:
- Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
- Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
- Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kala sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
- Sakit sesak nafas terutaman waktu Maghrib.
- Lenguh seluruh anggota badan.
- Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
- Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
- Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh dan ulat bulu.
- Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
- Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusu kanak-kanak tersebut.
- Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
- Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi.
- Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau mimpi pergi ke tempat-tempat ibadat agama bukan Islam.
- Sentiasa sakit pada tulang belakang
- Bawah matanya biru (Seperti orang tak cukup tidur)

Tanda-tanda lain.

1. Sakit kepala selepas waktu asar keatas.

2. Badan terasa berat dan malas.

3. Sukar mendapat jodoh biarpun rajin bercinta.

4. Badan terasa bisa-bisa, gatal-gatal atau miang tak tentu masa.

5. Sakit ketika ziarah orang meninggal.

6. Sukar tidur malam mimpi yang takut-takut.

7. Sakit pinggang tanpa sebab.

8. Sakit dada bila waktu asar ke atas.

9. Mimpi melihat binatang seperti ular, binatang bisa dan sebagainya.

10. Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.

11. Bermimpi di tempat tinggi dan tak jumpa jalan pulang.

12. Bermimpi di tempat yang kotor.

13. Sakit anggota badan tertentu seperti kaki terasa bahang panas selepas waktu asar.

14. Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.

15. Bayi kerap menangis bak kena sampuk.

16. Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil makin susah nak bertemu dan duduk berbicara.

17. Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.

18. Malas beribadat.

19. Nyanyuk ketika usia masih muda.

20. Panas baran tak menentu biarpun perkara remeh.

21. Sikap berubah secara mendadak. Lebih kepada watak atau moral yang rosak. Mengadu domba.

22. Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-Quran.

23. Suka melakukan tabiat buruk tak suka berkawan dengan orang budiman atau benci alim ulama.

24. Kerap sendawa bila mendengar al-Quran.

25. Kerap keguguran.

26. Gagal melakukan hubungan kelamin.

27. Mengantuk serta gelisah bila dengar al-Quran.

28. Suka tengok bulan mengambang di tingkap.

29. Darah haid turun lebih 15 hari.

30. Batuk yang berpanjangan.

31. Selalu ditindih ketika tidur.

32. Kuat berangan-angan ke arah yang karut tanpa cita-cita yang baik.

33. Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.

34. Nafsu seksual yang melampau.

35. Selalu melihat kelibat dirumah.

36. Terasa diri selalu diperhatikan.

37. Mandul biarpun telah buat pemeriksaan tubuh badan normal.

38. Kerap mendengar sesuatu bisikan. Terkadang jelas di telinga.

39. Melihat jin atau lembaga hitam secara terus.

40. Sakit mental atau gila secara tiba-tiba padahal sebelum nya amat aktif & waras.

41. Temat asyik melihat babak pergaduhan baik nyata atau lakonan di kaca TV juga filem di pawagam. Benci drama keluarga bahagia, drama cinta yang memberikan contoh teladan yang baik.

42. Demam yang berterusan; suhu badan naik terutama ketika tengah hari, Maghrib, tengah malam dan Subuh.

43. Suka tengok cermin lama - lama.

44. Sakit kepala, sesak nafas, sakit macam-macam tetapi apabila pergi jumpa doktor, doktor kata takde apa-apa, normal. 

45. Bila x-ray, terjumpa macam2 benda2 yang mustahil masuk dalam badan seperti staples, paku, paper clip dan sebagainya. 

46. Barang-barang electronic di rumah cepat rosak jika diguna oleh yang kena sihir. (Seperti TV, radio, mesin basuh, komputer dll)

47. Duit asyik hilang di rumah tanpa sebab; seolah-olah ada toyol yang mencurinya.

48. Kerap bunyi guli atau kerusi ditarik di atas siling rumah. 

49. Tak suka duduk rumah. Lebih suka dan tenang di luar rumah. 

50. Dengar orang yang dikenali (misalan: adik, abang, suami isteri... dll) panggil tapi tengok tak ada orang. 

Kesan-kesan Santau:

Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti berikut:

- Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t. 
- Hilang daya ingatan 
- Kulit akan menjadi merekah dan keluar air bisa dan nanah, 
- Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali sebagai seorang bersifat penyakit menjadi seorang yang panas baran. 
- Badan menjadi bongkok disebabkan batuk yang berpanjangan. 
- Badan menjadi licin kerana seluruh bulu di badan telah gugur. 
- Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang selalu terganggu. 
- Terjadinya ‘saratan’ atau kanser dan ketumbuhan. 
- Jika hamil mungkin akan mengalami keguguran.

Panduan Mengesan Kehadiran Santau:

Apabila orang yang terkena santau angin, makan limau nipis atau nenas bersama kicap dan mereka akan muntah darah kerana santau itu berlawanan dengan bahan berkenaan dan pesakit juga berasa sakit pada seluruh anggota badan seperti dicucuk dengan benda tajam.

Panduan untuk kita mengesan kehadiran santau bila kita makan di kedai makan ataupun di restoran daripada Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Ruqiyyah, Ustaz Mohd Suhaimi Bin Rozali:

Ketika mengambil makanan, jangan mencampurkan kuah lauk dalam nasi, tetapi kedua-duanya hendaklah diasingkan dalam bekas yang berbeza. Pastikan kuah lauk yang dihidang tidak berbau basi kerana kemungkinan ia mengandungi racun santau.

Bagi minuman pula, pegang gelas seperti biasa manakala jari kelingking ditekan pada bawah gelas jika rasa sakit seperti digigit semut api maka ia mengandungi santau.

Ayat di atas ini adalah amalan bagi mengelakkan dari terkena santau ataupun bagi pendinding diri dari segala mudharat. Hadith nabi "Sesiapa yang membacanya ketika pagi sebanyak 3 kali dan petang sebanyak 3 kali, maka dia tidak akan dimudharatkan oleh sesuatu pun". Segalanya dengan izin Allah SWT. Seeloknya ayat ini diamalkan sekurang-kurangnya sebanyak 3 atau 7 kali sebelum keluar daripada rumah setiap hari

Antara ayat-ayat lain yang boleh diamalkan untuk mengelakkan santau boleh ke website Darussyifa yang diasaskan oleh Dato` Dr. Haron Din.

Semoga ilmu  ni bermanfaat untuk semua:-)

Sumber http://www.zuarxpdc.com

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib