Thursday, 23 October 2014

Real Madrid tewaskan Liverpool di Anfield

ENYERANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo (kanan) bersaing dengan pertahanan Liverpool, Glen Johnson pada aksi Liga Juara-Juara Eropah di Anfield, awal pagi tadi.
Cristiano Ronaldo terus menyuntik inspirasi Real Madrid sekali gus mendekati rekod penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Eropah apabila penyandang juara itu mudah menundukkan Liverpool, 3-0 di Anfield, awal pagi tadi.
Ronaldo menggegarkan jaring tuan rumah untuk gol pembukaan Real pada minit ke-23, sekali gus merapati rekod penjaring terbanyak Raul iaitu 71 gol.
Penyerang Portugal itu kini sudah meledak 20 gol untuk musim ini dan ketika Liverpool mencari semula rentak, giliran penyerang Perancis, Karim Benzema pula meledak dengan dua gol pada minit ke-30 dan m-41.
Kemenangan Real itu menyaksikan juara 10 kali itu kini selesa menduduki tangga teratas Kumpulan B dengan mengutip mata maksimum selepas tiga perlawanan.
Liverpool yang akan bertandang ke Bernabeu pada 4 November ini hampir menyaksikan harapan agak pudar untuk melangkah ke pusingan 16 pasukan kalah mati.
"Ia amat istimewa, ia gol pertama saya di Anfield dan saya amat gembira," kata Ronaldo.
"Kami mengetahui Anfield adalah gelanggang yang sukar tapi kami bermain cukup hebat dalam 45 minit pertama permainan serta pulang dengan kemenangan," katanya.
"Saya tidak perlu bimbang mengenai rekod jaringan dalam Liga Juara-Juara Eropah. Saya tahu saya boleh mengatasinya. Saya dan Lionel Messi kini semakin hampir," katanya. - AFP,Berita Harian

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib