Wednesday, 8 October 2014

Piala Malaysia: Terengganu jadi mangsa keadaan?

FAM ubah jadual suku akhir kedua Piala Malaysia di atas permintaan JDT.
Malang sekali lagi menimpa pasukan Terengganu apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meluluskan permohonan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) untuk meminda jadual perlawanan asal suku akhir kedua, yang sepatutnya dijadualkan pada  hujung minggu ini.
Perlawanan menentang Johor Darul Takzim (JDT)  di laman lawan, Sabtu ini ditanggunghkan gara-gara hanya kerana pemain import JDT tidak boleh beraksi untuk pasukan itu berikutan menyertai skuad kebangsaan Singapura untuk dua aksi pesahabatan antarabngsa bertemu Hong Kong Jumaat ini dan Macau pada 14 Oktober.
Keputusan berat sebelah FAM itu mengakibatkan jadual perlawanan Piala Malaysia menjadi terlalu padat apabila aksi separuh akhir pertama yang sepatutnya pada 17 dan 18 Oktober ini dipinda lewat tiga hari kepada 20 dan 21 Oktober, sekali gus terlalu dekat dengan tarikh sebenar aksi separuh akhir kedua yang kekal pada 24 dan 25 Oktober ini.
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Abdul Hamid, pula menyifatkan  tindakan FAM sebagai  ‘klukkelek’ (tidak tetap pendirian) dan benar-benar memberi impak kepada persembahan pemain Terengganu sekiranya melangkah ke separuh akhir.
Reaksi Presiden PBSNT yang kecewa tindakan FAM.
Dalam komen ringkas Wan Ahmad Nizam melalui Facebook pagi ini, yang berbunyi FAM `klukkelek’, turut mengarahkan Setiausaha PBSNT membuat surat bantahan penundaan tarikh itu kepada FAM dengan segera.
Dalam perkembangan yang sama, Setiausaha Kelab penyokong Bola Sepak terengganun (PETEH), Wan Mohd Azmi Wan Ngah, turut kesal dengan insiden terbaru itu, kerana FAM beberapa hari lalu sudah meminda tarikh 18 Oktober kepada Sabtu ini.
“Sebelum ini FAM tunda tarikh bagi suku akhir kedua kepada 10 dan 11 Oktober , separuh akhir pertama (17 dan 18 Oktober) separuh akhir kedua (24 hingga 25 Oktober), sementara final Piala Malaysia 1 November  sebab mahu memastikan pemain Harimau Malaya yang beraksi di Piala AFF Suzuki dapat membuat keputusan terbaik,” katanya.
Penundaan tarikh itu katanya, bukan sahaja menjejaskan persiapan skuad, malah penyokong juga sudah membuat tempahan bas untuk ke Johor Bahru bagi memberi sokongan pada pertemua suku akhir kedua itu.-TEGANUKITA

1 comments:

  1. FAM KUAT MKN RASUAH.. JDT KUAT BG RASUAH..

    ReplyDelete

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib