Saturday, 11 October 2014

Pelakon Erin Malek tamat zaman bujang

Erin Malek berkahwin dengan pilihan hati.
 Tidak menyesal bernikah muda, pelakon cantik Nur Arina Abdul Malek atau Erin Malek, 20, sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, ahli perniagaan, Mohd Farriz Mohd Fauzy, 30.
Dengan sekali lafaz, mereka selamat diijabkabulkan tepat jam 9.12 malam di kediaman ibu Erin di Ampang, di sini, sebentar tadi. 
Pasangan itu dinikahkan Pendaftar Perkahwinan Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Zainal Abidin Mohd Yusof dan berwalikan bapanya Abdul Malek Mari dengan mas kahwin RM10,000 manakala wang hantaran RM30,000 sambil disaksikan ahli keluarga terdekat serta sahabat handai kedua-dua pihak dalam majlis sederhana itu. 

Pihak perempuan memberikan sembilan dulang hantaran termasuklah tapak sirih, cincin, al-Quran dan sejadah, seutas jam, sepasang sut, beg dan tali pinggang, set wangian, sepasang kasut dan kek. Sementara, pihak lelaki membalas tujuh dulang iaitu sirih junjung, al-Quran dan sepasang telekung, seutas jam, beg tangan dan sepasang kasut, barangan kosmetik, set wangian dan manisan.
Pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan pada 21 Jun lalu selepas berkenalan sejak hujung tahun lalu namun tidak menunggu lama membuat keputusan mendirikan rumah-tangga kerana keserasian yang terjalin antara mereka.

Menurut Erin dia tidak menyesal berkahwin pada usia muda dan percaya jodohnya sudah sampai. Meskipun dengan perbezaan umur yang besar, pelakon Misiku Kuza itu mengakui sangat selesa dengan Farriz.-HARIAN METRO

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib