Thursday, 2 October 2014

PBSNT lantik bekas pemain jadi penilai pemain 2015

Harapan peminat mahu melihat pasukan Terengganu yang mantap 2015.
Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) melantik beberapa orang bekas pemain bola sepak negeri dan kebangsaan menduduki jawatankuasa penilai pemain musim 2015.
Presiden PBSNT Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid berkata antara pemain negeri dan kebangsaan yang dilantik dalam jawatankuasa 10 anggota itu ialah Nor Zaidi Mohamad dan Zulkifli Hamzah.
“Kedua-dua pemain ini pernah mengharumkan nama Terengganu dan negara pada zaman kegemilangan mereka,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata jawatankuasa itu antara lain berperanan memberi komen atau penilaian mana-mana pemain yang boleh dikekalkan dalam skuad Terengganu pada musim akan datang.
Dalam hal ini beliau berkata PBSNT amat memerlukan pandangan bekas-bekas pemain negeri supaya pasukan Terengganu lebih baik dan padu pada masa depan.
Wan Ahmad Nizam berkata pemilihan dan penilaian pemain Terengganu sekarang sedang berjalan.
Mengenai pertemuan Terengganu dan Johor Darul Takzim di peringkat suku akhir Piala Malaysia di sini Jumaat ini, beliau berkata Terengganu sudah bersedia keseluruhannya.
— BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Top Ad 728x90

Copyrights @ Berita Sini - Blogger Templates By Templateism | Templatelib